Knock!!! Knock!!!

Meh la masuk...tak der per lah...just main masak-masak, jalan-jalan dengan my family, jumpa kawan-kawan lama, layan karenah anak-anak dan lain-lain ler. Ada banyak resepi tapi simple jer..alah janji leh kenyang...enjoy lah yer....

Monday, April 27, 2009

Kenali asma (lelah) dan rawatannya....

Asma merupakan penyakit paru-paru yang kerap dikalangan kanak-kanak. Di dalam paru-paru terdapat salur paru-paru (alveolar) yg membawa udara yg kita sedut ke hujung paru-paru. Di sini udara yg beroksigen akan menyerap ke dalam salur darah dan menyebabkan kandungan oksigen dlm darah adalah tinggi. Apa yg dimaksudkan dengan lelah ialah salur paru-paru kecil (bronchiol) menjadi radang sekaligus menyebabkan salur paru-paru itu sempit.

Tanda-tanda lelah

1. Batuk

Mengalami batuk berterusan terutama lebih kerap pada waktu malam dan awal pagi.Biasanya batuk itu adalah basah ( wet cough) iaitu berkahak

Batuk berterusan yg bermula dari batuk selsema biasa. Biasanya batuk selsema akan hilang antara empat hingga enam hari tetapi pengidap asma akan batuk berterusan dalam tempoh yg lama.

Batuk selepas bermain atau menjalankan aktiviti.

batuk apabila suhu persekitaran sejuk seperti dalam bilik berhawa dingin, minum ais atau makan ais krim. Batuk ini juga berlaku selepas makan buah2an seperti oren.

2. Semput

Jika kanak2 mempunyai simptom2 seperti ruam, resdung atau selsema awal pagi, lebih cenderung mempunyai asma. Bagi pengidap asma, paru2 mereka senang dijangkiti kuman.

Faktor2 penyebab asma

1. Binatang peliharaan seperti anjing dan kucing

2. Habuk atau hama (house dust mites)

3. Asap rokok

4. Tekanan

5. Jangkitan seperti virus dan selsema

6. Genetik

7. Debunga (negara 4 musim)

8 Buah-buahan sitrus



Kaedah rawatan


Tiada rawatan yg boleh menyembuhkan lelah. Ubat-ubatan yang diberikan hanyalah untuk mengawal simptom iu. Kebanyakkan kanak-kanak yang mengidap asma akan pulih dengan sendiri apabila mereka besar atau mencapai peringkat remaja.

Terdapat dua kategori ubat ketika memberi rawatan kepada kanak-kanak mengidap asma:-

1. Ubat-ubatan yang mencegah kanak-kanak daripada lelah

2. ubat2an yg mengurangkan simptom lelah ketika kanak2 mengalami lelah

Apabila kanak-kanak mendapat simptom lelah, kanak2 itu perlu makan ubat yg boleh mencegah simptom itu berulang. Ubat ini perlu dimakan setiap hari. Oleh itu ibu bapa merasa takut kanak-kanak itu terpaksa bergantung kepada ubat.

Anggapan itu tidak benar kerana pada mulanya ubat itu diberi pada setiap hari. Apabila lelah itu beransur baik, ubat-ubatan ini akan dikurangkan secara perlahan sehingga diberhentikan.


Perkara yg perlu dilakukan semasa diserang asma:-

-Ambil ubat sedutan (inhaler). Tunggu 15-20 minit, jika tak berkesan ulang lg. Ubat yg dimakan memerlukan masa 30 minit untuk menunjukkan kesannya.

-Terdapat ubat yg digunakan ada kesan lain seperti mengantuk, loya, muntah, darah gemuruh,sukar hendak tidur dan letih.

-Sebaik2nya ambil ubat terakhir sebelum masuk tidur kerana asma kerap terjadi pada waktu malam.

- selepas mengambil inhaler, anda perlu berkumur untuk mengelakkan mulut dan tekak menjadi kering.


Sumber : Majalah Jelita Julai 1997
Berita Harian

0 comments: