Knock!!! Knock!!!

Meh la masuk...tak der per lah...just main masak-masak, jalan-jalan dengan my family, jumpa kawan-kawan lama, layan karenah anak-anak dan lain-lain ler. Ada banyak resepi tapi simple jer..alah janji leh kenyang...enjoy lah yer....

Thursday, April 23, 2009

Kerana sebiji epal.....

Epal bukan hanya sekadar buah yang cantik dan mudah diperolehi. Rasanya yang masam-masam manis mempunyai khasiat dan zat yang tersendiri. Ia dikatakan boleh menghilangkan rasa mual selepas makan makanan berlemak.

Epal tidak mengandungi lemak, kolestrol malahan sodium. Sebiji epal menyumbangkan sepertiga keperluan vitamin c untuk sehari.Epal merah mengandungi karotin yg membekalkan vitamin A. Amalan mengunyah epal adalah cara terbaik untuk membersihkan dan menyihatkan gigi. Walaupun epal mengandungi gula buah asli, namun banyaknya pengeluaran air liur menolong mengelakkan kerosakkan gigi.

Sebiji epal seberat 200 gram, mengandungi 4 gram serat, iaitu sama dengan serat yg terkandung dalam 3 keping roti bijirin campuran ataupun 1/4 cawan oat yg telah dimasak. Kandungan serat yg tinggi membuatkan kita kenyang. Secara tak langsung boleh kurangkan berat badan. Tambahan kalorinya rendah iaitu hanya 40 kalori saja.

Pemakanan serat yg tinggi menghindari dari beberapa jenis penyakit seperti jantung, barah usus dan kegemukkan. Penyakit ini dapat dihindari kerana kandungan serat seperti pektin dan serat2 yang lain boleh larut dan dihancurkan oleh bakteria di dalam usus. Sebahagian asid organik dibebaskan dalam proses tersebut.

Salah satu asid organik itu ialah asid Butirik yg menyediakan sumber makanan semulajadi kepada sel usu yg sihat. Asid Butirik juga dapat melemahkan enzim yg diperlukan oleh sel barah usus untuk merebak.

*jom kita makan epal, semoga terhindar dari sebarang penyakit..."



0 comments: