Knock!!! Knock!!!

Meh la masuk...tak der per lah...just main masak-masak, jalan-jalan dengan my family, jumpa kawan-kawan lama, layan karenah anak-anak dan lain-lain ler. Ada banyak resepi tapi simple jer..alah janji leh kenyang...enjoy lah yer....

Thursday, April 23, 2009

Madu Lebah


Rahsia Alam : Madu Lebah
Madu lebah merupakan satu sumber alam yang amat berkhasiat dan ianya sudah dikenali semenjak zaman firaun lagi, sebagai penjagaan kesihatan. Allah telah berfirman dalam Al-Quran surah An-Nahl ayat 68-69 yang bermaksud :-
"...dan tuhanMu telah mewahyukan kepada lebah supaya membuat sarang di gunung ganang, di pokok-pokok kayu dan bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah segala bunga-bungaan dan buah-buahan yang kau suka serta turuti segala peraturan TuhanMu. Dengan itu keluar minuman (madu) berlainan warna dari badannya yang mengandungi penawar untuk manusia daripada pelbagai jenis penyakit...."
Madu lebah mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral dan ada antaranya masih lagi belum dikenal pasti. Antara vitamin yg terdapat dalam madu lebah ialah Vitamin A,B,C,D dan K.
Berikut ialah khasiat madu lebah asli..
1. Meningkatkan keupayaan tenaga fizikal
2. Cerahkan mata, kuat dan putihkan gigi.
3. Cergaskan otak
4. Awet muda
5. Mempercepatkan penyembuhan luka, lawan jangkitan dan tingkatkan daya ketahanan.
6. Sarang dan madu lebah sebagai bahan asas dlm membuat losyen, lipstik dan krim kulit
7. Hilangkan kepanasan badan, batuk, selsemastabilkan sistem pernafasan, kuatkan jantung,
elakkan kencing manis dan darah tinggi.
8. Merawat penyakit dalam perut, sebagai bahan penyingkiran toksin dan membakar lemak dlm
badan.
9. Merawat luka terbakar dan menghilangkan parut
10. Membekalkan sumber tenaga yang tinggi dan mencegah keletihan.
Dengan adanya artikel ini, semoga khasiat madu lebah ini dapat dikongsi bersama.Hati-hati dengan madu lebah yang banyak terdapat dipasaran, mungkin ada yang tak asli. Menurut dari hasil pembacaan saya madu lebah tualang adalah madu lebah terbaik di duni dan telah diakui oleh para penyelidik. Ia dihasilkan oleh lebah liar dan mengandungi debunga dan enzim semulajadi dan tiada gula tambahan berbanding kualiti madu lebah ternak.
Ciri-ciri madu lebah tualang:-
1. Warna gelap kehitaman kerana kandungan mineralnya seperti kuprum, zat besi dan magnesiumnya yang tinggi. Sekiranya disimpan lebih lama warnanya semakin gelap lagi.
2. Madu yg masih baru mempunyai buih2 halus dipermukaan dan setelah beberapa lama buih ini mula menyurut dan meninggalkan kesan buih dipermukaan.
3. Bau haruman madu agak kuat dan agak masam sedikit kerana disebabkan oleh pati debunga hutan.
4. Rasanya sedap dan agak kelat dan sedikit perit dan menyengat bila ditelan.
Itu lah serba sedikit yer mengenai madu lebah ni. Artikel ini saya perolehi dari pelbagai sumber dan bahan bacaan...

0 comments: