Knock!!! Knock!!!

Meh la masuk...tak der per lah...just main masak-masak, jalan-jalan dengan my family, jumpa kawan-kawan lama, layan karenah anak-anak dan lain-lain ler. Ada banyak resepi tapi simple jer..alah janji leh kenyang...enjoy lah yer....

Thursday, April 23, 2009

Rahsia Surah Al- Kautsar


Surah ini paling pendek dalam Al-Quran, hanya mengandungi 3 ayat sahaja dan diturunkan di Kota Mekah. Ia membawa maksud sungai di Syurga.
Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai penghibur hati Rasulullah S.A.W kerana ia diturunkan ketika baginda dalam kesedihan atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anakandanya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini. Antaranya ialah :-
1. Baca ketika hujan dan berdoa, moga2 Allah kabulkan doa kita.
2. Jika dalam kehausan dan tiada air, baca surah ini dan gosok dileher, I.Allah hilang dahaga
3. Jika sakit mata seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang telah dibacakan surah
inisebanyak 10 kali pada mata.
4. Jika rumah terkena sihir, baca surah ini 10 kali, mudah-mudahan Allah bagi ilham pada kita di
mana sihir itu diletakkan.
5. Jika membacanya sebanyak 1000 kali rezekinya akan bertambah.
6. Jika rajin membacanya hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7. Jika teraniaya dan terpenjara, baca 71 kali, Allah akan memberikan bantuan kepadanya
kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi..

0 comments: