Knock!!! Knock!!!

Meh la masuk...tak der per lah...just main masak-masak, jalan-jalan dengan my family, jumpa kawan-kawan lama, layan karenah anak-anak dan lain-lain ler. Ada banyak resepi tapi simple jer..alah janji leh kenyang...enjoy lah yer....

Thursday, May 28, 2009

Chocolate chip muffin

Muffin ni buat semalam sempena party day sekolah Daniel. Kali ni tergerak hati lak nak menggodak sendiri. Rupanyer senang jer buat muffin ni. Selalunya kurang pengetahuan tentang baking membaking ni, aku main beli jer kat kedai...isk isk...pasni buat sendiri jer lah....resepi amik kat rumah kak Ummi..dah mintak izin ni..thanks yer kat ummi...Meh kita layan resepi

Bahan-bahan

  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula kastor (aku letak 1/2 cawan jer coz takut manis sangat)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat1/2 sudu kecil garam
  • 1 cawan fresh milk
  • 1 biji telur saiz A -pukul sedikit1/3 cawan minyak(minyak sayur)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 3/4 cawan choc chip

Cara membuat

  • Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayak dan ketepikan
  • Dalam bekas adunan, campurkan susu, telur, esen vanila dan minyak. Kacau rata
  • Masukkan campuran tepung tadi kedalan adunan susu sedikit demi sedikit.Kacau sebati
  • Masukkan choc chip
  • Sudukan ke dalam muffin cup dan hias dengan choc chip kat atasnya.
  • Bakar selama 15 minit.




Muffin yang dah get ready for to school....

0 comments: