Knock!!! Knock!!!

Meh la masuk...tak der per lah...just main masak-masak, jalan-jalan dengan my family, jumpa kawan-kawan lama, layan karenah anak-anak dan lain-lain ler. Ada banyak resepi tapi simple jer..alah janji leh kenyang...enjoy lah yer....

Monday, June 1, 2009

Bukan sekadar keju....

  • Keju bukan lagi sesuatu yang asing dalam masakam Melayu kita. Bahkan keju memenuhi syarat untuk dimahkotakan sebagai makanan sihat bagi si kecil dan orang dewasa. Ramai yg takut untuk mengambil makanan berkeju kerana bimbang ia boleh menggemukkan.
  • Menurut pakar pemakanan New Zealand Milk Hasreena Hashim, bayi seawal usia lapan bulan sudah boleh diperkenalkan dengan keju. Ibu boleh memasukkan keju secara perlahan-lahan dalam makanan tambahan bayi seperti kentang putar, sup atau makan bersama roti.
  • Sumber nutrien yang terkandung dalam keju termasuk protein, kalsium, vitamin A, vitamib B2 dan B12 serta lemak. Kesemua nutrien tersebut amat diperlukan oleh kanak-kanak dalam proses tumbesaran mereka.
  • Keju juga sebagai satu sumber makan yang tinggi kalsium menyediakan keperluan yang cukup untuk pertumbuhan tulang dan gigi kanak-kanak agar sihat dan kuat. Ia juga membantu menyimpan selapis lemak pada gigi di mana ia melindungi gigi daripada asid yang dihasilkan oleh plak gigi.
  • keju membekalkan protein untuk memenuhi keperluan tumbesaran dan pertumbuhan tisu-tisu serta otot-otot di dalam tubuh badan kanak-kanak.
  • Keju adalah pemberi tenaga. Lemak yg terdapat dalam keju diperlukan untuk membekalkan tenaga kepada kanak-kanak kerana diperingkat usia setahun ke atas, mereka memerlukan banyak tenaga untuk aktiviti seperti bermain, belajar, berlari dan sebagainya.
  • Keju boleh disajikan sbg snek menggantikan makanan ringan yg tidak berkhasiat. Ia boleh dimakan bersama roti atau biskut ketika sarapan, minum petang, pencuci mulut atau bila-bila masa sahaja.

Banyak makan keju, apa kesannya???

  • Keju terkenal sebagai salah satu sumber makanan paling kaya kalsium namun ia juga banyak mengandungi lemak. Jika dimakan berlebihan boleh meberi kesan buruk terutamanya kepada kanak-kanak.
  • Namun keju adalah sebahagian daripada pemakanan seimbang. Ia disarankan diambil dua hingga tiga keping sahaja sehari, bagi kanak-kanak yang berat badannya normal.
  • Jika kanak-kanak itu obesiti atau terlalu gemuk, ibu bapa perlu memilih keju rendah lemak untuk hidangan mereka.
  • bagi kanak-kanak yang tidak minum susu, keju merupakan alternatif terbaik untuk mendapatkan sumber kalsium. Pilihan keju yang tinggi kalsium untuk memenuhi keperluan kalsium kanak-kanak tersebut.
  • Makan keju tidak akan menggemukkan jika diimbangi dengan amalan pemakanan yg seimbang, aktiviti menyihatkan dan mengeluarkan banyak peluh seperti bermain, berlari dan sebagainya.
  • Perlu diingatkan kita tidak boleh menyekat semua makanan yang berlemak untuk kanak-kanak kerana mereka memerlukan lemak untuk membekalkan tenaga bagi membentu perkembangan otak dan tumbesaran fizikal anak-anak.

Fakta penting tentang keju

  • Turut dikenali sebagai protein tinggi kualiti. Mengandungi asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh manusia.
  • Ia mudah dihadam, jumlah asid amino yg diperlukan sampai ke dalam sel badan untuk membina protein.
  • Bila protein diambil, keju membantu membina dan memperbaiki tisu badan, membentuk ketahanan badan, hormon, enzim dan menyediakan tenaga.
  • Sumber terbaik bagi asid lemak linoleik dan linolenik.

0 comments: