Knock!!! Knock!!!

Meh la masuk...tak der per lah...just main masak-masak, jalan-jalan dengan my family, jumpa kawan-kawan lama, layan karenah anak-anak dan lain-lain ler. Ada banyak resepi tapi simple jer..alah janji leh kenyang...enjoy lah yer....

Tuesday, June 16, 2009

cheese tart

Ni proses nak habiskan cheese jer sebenarnyer..nak buat cheese kek terasa ler malas...try wat tart lak coz acuan yg beli last week tak dirasmikan lagi..ngeh ngeh....resepi ni ambik kat blog kat Ummi yg terer masak tuh..tapi adunan crust dia tu manis sikit..kalau sapa-sapa nak buat sila kurangkan sukatan gula anda. Tapi sapa-sapa yg suka manis go on jer lah.....pertama kali buat ni..tak secantik kat kedai...next time try lagi ler..
bahan-bahan

  • 125 gram mentega
  • 60 gram gula kastor (kurangkan sukatan supaya tak manis sgt)
  • 1 biji kuning telur
  • 250 gram tepung gandum
  • sedikit garam
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1-2 sudu besar air

Cara membuat tart

  • pukul mentega,gula, garam dan esen vanila sehingga kembang. Masukkan telur dan pukul sebati.
  • Masukkan tepung dan gaul sehingga menjadi doh lembut.Jika agak kering, tambahkan air dan uli semula
  • Bulatkan doh sebesar ibu jari dan tekan kan ke dlm acuan tart.
  • bakar selama 20 minit dengan suhu 180 darjah celcius.

inti krim cheese

  • 250 gram krim cheese philadephia
  • 50 gram mentega
  • 70 gram gula kastor
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan blueberry pie filling

cara membuat

  • pukul krim cheese bersama mentega dan gula hingga kembang dan gebu
  • masukkan telur dan pukul lagi sampai sebati
  • sudukan inti ke dlm tart yg telah dibakar tadi, letakkan blueberry filling ditengah dan lorekkan dengan lidi
  • bakar semula selama 20 minit




ni bukan cheese tar yer...tapi aiman dok wat tayangan perdana


0 comments: