Knock!!! Knock!!!

Meh la masuk...tak der per lah...just main masak-masak, jalan-jalan dengan my family, jumpa kawan-kawan lama, layan karenah anak-anak dan lain-lain ler. Ada banyak resepi tapi simple jer..alah janji leh kenyang...enjoy lah yer....

Tuesday, June 2, 2009

Rahsia brokoli

Jom kita layan artikel. Sekurang-kurangnya leh gak menambahkan ilmu pengetahuan. Terutamanya orang yang tak der masa nak membelek buku macam aku ni ler. Hari ni nak tulis pasal brokoli lak. Comelkan brokoli ni, selain warnanya hijau, bentuknya jugak istimewa dan khasiatnya pulak banyak..
Brokoli merupakan antara sayur yg senang disediakan dalam menu pemakanan seharian bagi menjamin kesihatan. Ia termasuk dalam spesis kubis dan berkait rapat dengan kubis bunga.
Keistimewaan brokoli
  1. Mencegah kanser
  • Sulforaphane yg terkandung di dlm brokoli dapat membantu mencegah penyakit kanser. Kajian menunjukkan brokoli melemahkan sel-sel yang merangsang pertumbuhan tumor khususnya dalam sel payu dara.
  • Selain itu, ia dapat mengelakkkan sel-sel itu daripada merebak ke bahagian tubuh yang lain. Dengan adanya sulfaraphane ini, sel tumor yg baru terbentuk terkawal dan mengecil. Ia turut berperanan mencegah pembentukan sel yg tidak normal iaitu sel leukimia dan melanoma.

2. Mencegah katarak

  • Kajian mendapati bahawa dengan memakan brokoli sekurang-kurangnya 2 kali seminggu akan merendahkan 23% risiko penyakit katarak. Sulforaphane turut mempunyai potensi antioksida yang mampu melindungi sel mata daripada gejala ini.

3. Membantu tulang kuat

  • Secawan brokoli yg telah dimasak mengandungi kira-kira 74mg kalsium, 123 mg vitamin C yg membantu meningkatkan proses penyerapan kalsium yg memberikan 44 kalori, berbanding buah oren yg tidak mengandungi kalsium dan hanya mengandungi 69 mg vitamin C.
  • Produk tenusu contohnya, tidak mengandungu vitamin C namun terlalu banyak kandungan lemak tepunya, Segelas susu mengandungi 121 kalori di mana kira-kira 42 kalori datangnya dari lemak.

4. Membantu sistem imunisasi

  • Selain vitamin C, brokoli turut mengandungi beta-karotina dan dua sumber mineral iaitu zink dan selenium. Kandungan-kandungan ini dapat membantu daya ketahanan tubuh dalam sistem imunisasi.

5. Melindungi kandungan dari kecacatan

  • Bagi ibu mangandung, digalakkan mengambil brokoli dalam menu pamakanan mereka. Ia membekalkan zat bukan sahaja kepada ibu malahan kepada kandungannya.
  • Secawan brokoli menyediakan kira-kira 94 mcg asid folik, vitamin B yang berperanan dalam sistem DNA. Tanpa asid folik, sel sistem saraf bagi fetus tidak dapat terbahagi dengan sempurna.
  • Kekurangan asid folik ketika mengandung dikaitkan dengan beberapa kecacatan kandungan termasuk tiub nueral contohnya spina bifida.

6. Mencegah penyakit Arthritis Rheumatoid

  • Kajian yg dilakukan pada Julai 2004 menunjukkan bahawa, berlebihan vitamin C boleh mengakibatkan osteoarthiritis iaitu sakit sendi yg berlarutan berikutan peningkatan usia.
  • Brokoli dapat membantu mencegah serta melawan radang polyarthiritis..

Sumber: Majalah Pa&Ma, Februari 2006, hal.69





0 comments: