Knock!!! Knock!!!

Meh la masuk...tak der per lah...just main masak-masak, jalan-jalan dengan my family, jumpa kawan-kawan lama, layan karenah anak-anak dan lain-lain ler. Ada banyak resepi tapi simple jer..alah janji leh kenyang...enjoy lah yer....

Saturday, June 27, 2009

trio marble cake




mee kari




Friday, June 26, 2009

telur mata kerbau masak sos tiram




ikan tenggiri sweet sour




Thursday, June 25, 2009

aku juga mahu hidup...


Apakah ini? Seekor belalang yang menjadi penghuni setia kat pokok lavender kesayangan aku. Waaaa... Pokok yg subur tu dah jadi togel dikerjakan oleh makhluk ni. Nak bunuh terasa kesian jugak,maklum ler dia pun makhluk tuhan kan. Ader ker sapa-sapa yg tahu mcm mana nak menghalau makhluk ni...

asalnyer kecik jer..now dah jadi mcm buntal...

Wednesday, June 24, 2009

kuah durian

Musim durian tiba lagi...sukanyer...Aiman yang tak makan durian pun dah mula menjamahnyer. Ni jiran aku yg kasi..alhamdulilah!!!murah rezeki..durian kg..best ooo..leh buat kuah durian ni...couple dengan roti jala atau pun roti..tembun lagi ler nampak gayanyer...


bahan-bahan

  • 5-8 ulas durian (tak kisah banyak mana nak letak)
  • 500 ml santan (kalau pekat tambah ler air sikit)
  • 2 sudu besar gula (ikut rasa masing-masing)
  • sedikit garam
  • 3 helai daun pandan

cara membuat

  • masukkan santan, gula, garam dan daun pandan ke dalam periuk
  • bila agak mendidih masukkan durian
  • kalau nak buang biji terus pun leh gak
  • bila dah mendidih leh la tutup api



roti jala

Jom kita menjala..bahan-bahan senang jer tapi bila masuk bab nak menjala ni lemah sungguh...tgk mak mertua aku buat senang jer..mungkin tangan org lama...dah expert kot..balik nanti aku kena menuntut ilmu dengan dia lagi lah..walaupun rupa tak secantik dan sehalus kat kedai tapi boleh lah makan..dah lama nak menjala ni tapi takut tak jadi jer..I.Allah nanti buat lain kali bagi nampak halus lagi...mira boleh!!!!!

bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air (leh gak letak 1 cawan air n 1 cawan susu segar)
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • beberapa titik pewarna kuning

cara membuat

  • Masukkan kesemua bahan dalam blender dan blend hingga sebati
  • perapkan selama 1/2 jam
  • sediakan kuali..non stick lagi bagus
  • cedok adunan dengan acuan roti jala. Masak 1 minit dengan api perlahan
  • bila masak leh lipat or gulung ikut citarasa masing-masing

kerabu suka hati

semalam aku buat kerabu, saje nak perabiskan stok ulaman saki baki buat laksam hari tuh. Daripada layu kat dalam peti ais baik kita sekodengkan dia yer..senang nak buat n banyak khasiat lak tuh...

bahan-bahan
  • 1 ikat daun selom
  • 1/2 biji mentimun
  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 1 batang serai
  • 1 ulas bawang merah
  • 2 biji cili merah
  • sedikit cili api
  • sedikit kerisik
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit jus limau nipis
  • sedikit kelapa parut
  • 1 sudu teh udang kering
cara menyediakannya
  • hiris semua ulam-ulaman, bawang, sedikit cili merah, serai
  • tumbuk udang kering,cili api, baki cili merah, kelapa parut dan kerisik
  • gaulkan dengan ulam yg telah dipotong
  • perasakan dengan garam dan gula
  • perah limau nipis
  • taraaaaaaaaa dah siap


sotong dan kentang goreng kunyit




gulai ayam (kelantan style)




pankek oat

Buat penkek lak...atas permintaan Daniel sblm gi sekolah..maybe dah lama tak pekena penkek kot. sedap sangat bila makan dengan maple syrup atau pun honey

bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar oat
  • 1 cawan susu segar
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • sedikit marjerin untuk melengserkan pan @ kuali

Cara membuat

  • satukan tepung, garam,oat dan baking powder
  • masukkan susu segar
  • pukul telur dan masukkan ke dalam adunan
  • lengserkan pan (non stick) dengan sedikit marjerin
  • bakar sampai keperangan



Monday, June 22, 2009

chocolate cup cake again....


Kek lagi...pernah buat sebelum ni...kali ni buat atas permintaan anak-anak. Suka sangat makan kek especially kek coklat. Mcm biasa lah resepi aku cedok dari blog Kak Ummi yg teror masak tuh...mintak halal yer kak Ummi..

Sunday, June 21, 2009

Keindahan bulan Rejab..

Bulan Rejab akan tiba lagi...bulan Rejab adalah bulan Allah S.W.T..sama-samalah kita lihat ada apa disebalik bulan Rejab itu. Sama-sama lah kita mengingati amalan-amalan mulia yang penuh berkat ini....

Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda
"Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan Allah S.W.T maka...

  • Barang siapa yang berpuasa sehari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari Allah S.W.T.
  • Barang siapa yang berpuasa pada tanggal 27 Rejab/israj mi'raj (isnin 20 julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.
  • Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bula Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi Allah S.W.T.
  • Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal1, 2 dan 3 Rejab (24, 25 dan 26 Julai 2009) maka Allah S.W.T akan memberi pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkan dari bahaya dunia dan seksaan akhirat.
  • Barang siapa yang berpuasa selama 5 hari dalam bulan ini, i.allah permintaanya akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.
  • Barang siapa yang berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutpkan 7 pintu neraka jahanam dan barang siapa yang berpuasa 8 hari maka dibuka 8 pintu syurga...
  • Barang siapa yang berpuasa selama 15 hari dalam bulan ini, maka Allah S.W.T akan mengampuni segala dosa-dosanya yang lalu dan menggantikan semua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka Allah akan menambahkan pahalanya.

Sabda Rasulullah S.A.W...

"pada malam israj mi'raj , saya melihat sungai yang airnya lebih manis daripada madu, lebih sejuk dari air batu, dan lebih wangi dari minyak wangi, lalu saya bertanya kepada jibril as "wahai jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka Jibril menjawab "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini".

Dalam sebuah riwayat Thsauban bercerita..

"ketika kami berjalan-jalan dengan Rasulullah S.A.W kesebuah kubur, lalu baginda berhenti lalu menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada Allah S.W.T. Lalu saya bertanya kepada baginda.."ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?..lalu baginda bersabda.."Ya Thsauban, mereka itu sedang diseksa di dalam kuburnya dan saya berdoa kepada Allah S.W.T, lalu Allah meringankan atas mereka.

Sabda baginda lagi " wahai Thsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam sahaja di bulan Rejab, nescaya mereka tidak akan diseksa di dalam kubur. Thsauban bertanya lagi.."Ya Rasulullah...apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam di bulan Rejab sudah dapat mengelakkan seksaan kubur?

sabda baginda "Wahai Thsauban, demi Allah yang telah mengutuskan saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana Allah S.W.T, kecuali Allah mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.

Note: Semoga Rejab ini disambut dengan penuh keberkatan..amin...

laksam...masakan kelantan

Dah lama nak makan laksam..tapi sekarang baru ler terlaksana misi membuatnya..ada jual kat Kl tapi tak puas hati sebab ader jer yang tak kena dengan kuahnya....nak buat laksam ni kena ader kesabaran yg tinggi ooo...masa nak mengukus dan menggulung tu ler...kekadang adunan lembik, kekadang keras..tak leh nak gulung..kena pandai-pandai ler adjust adunan tuh supaya sedang-sedang jer...kalau rasa malas nak kukus korang ambil jer laksa biasa tuh...leh gak makan dengan kuah laksam ni...jadi ler laksa Kelantan...



ni ler rupanya setelah dipotong... Antara ulaman yang boleh dibuat kerabu

setelah dikerabukan...



tadaaa......ni ler rupa laksam aku yg telah siap letak kuah dan
sambal belacan penyedap rasa....yummyyyyy

Bahan-bahan untuk laksam
  • 1/2 kilo tepung beras
  • air (agak2 ler..adunan mcm nak buat roti jala)

cara membuat

  • campurkan tepung dan air...gaul sebati
  • kukus atas dulang (tudung periuk yg leper tu pun boleh...alah tudung periuk yg murah tu)
  • kukus sederhana nipis jer supaya boleh gulung..
  • kukus sekejap jer dalam 5 minit
  • angkat..sejukkan sekejap..pastu gulung

bahan-bahan untuk kuah

  • 1/2 kilo ikan kembung (rebus dengan garam dan asam keping)
  • 3 ulas bawang merah (sederhana besar)
  • 1 ulas bawang putih
  • sedikit halia (1 hiris jer)
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • 1 keping asam keping
  • garam dan gula secukup rasa
  • 500 ml santan

cara membuat

  • blend ikan sampai hancur
  • blendkan santan,bawang, lada hitam
  • campurkan dengan ikan tadi
  • letak sam keping..
  • perasakan dengan garam dan gula
  • selalu kacau supaya kuah tak berketul
  • bila dah menggelegak angkat

note: hidangkan laksam dengan sambal belacan dan kerabu (ulam-ulaman favourite)




Thursday, June 18, 2009

nasi minyak

Alahai teringin makan nasi minyak la pulak...bahan-bahan semua dah ada...layannnnnnnn...


bahan-bahan

3 cawan beras basmathi (aku campur jer basmathi dgn beras biasa)
3 cawan air
2 sudu makan minyak sapi
1 sudu kecil marjerin
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 labu bawang besar-mayang
2 sudu makan kismis
2 sudu makan bawang goreng
2 helai daun pandan
sedikit garam dan gula
sedikit serbuk pati ayam maggi

bahan tumis

2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis

cara memasak

  • Panaskan minyak sapi dan marjerin. Tumiskan bawang besar dan bahan tumis sampai wangi
  • masukkan sos cili, sos tomato dan air. Gaulkan sebati
  • kemudian masukkan garam da, gula serbuk pati ayam dan daun pandan
  • Bila mendidih masukkan beras yg telah dibasuh. Tanak seperti biasa
  • bila nak hidang taburkan dengan kismis dan bawang goreng

acar mentah

Acar yang paling ringkas dan mudah nak buat..

bahan-bahan

1/2 biji nenas yg kecil
1 batang karots
1 batang mentimun
1 biji cili merah
1 ulas bawang besar
sedikit garam
sedikit gula
sedikit cuka makan

cara menyediakannya..

  • potong semua sayuan mengikut citarasa masing-masing
  • gaulkan dengan garam,gula, cuka dan sedikit air
  • biarkan seketika

Dalca sayur sempoi

bahan-bahan

500 gram ayam (kepak,kaki, leher dan tulang2 yg ada)
500 ml santan cair
1 peket rempah kari daging
1 tangkai daun kari
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
sedikit jus asam jawa
1 sudu besar cili kisar
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
garam dan gula secukup rasa

sayur-sayuran

1 batang karots
1 biji ubi kentang
1 biji terung
3 biji cili hijau
sedikit kacang panjang

cara memasak

  • tumiskan bawang merah, bawang putih sampai agak garing. Masukkan daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
  • Masukkan rempah kari yg telah dibancuh dgn sedikit air asam jawa dan cili kisar. Masak sampai keluar minyak.
  • Masukkan ayam. Biarkan seketika sampai ayam mesra dengan rempah.
  • masukkan santan dan kentang.
  • bila mendidih masukkan segala mcm sayur. biar mendidih sekejap baru padamkan api.

ayam masak madu

resepi asal dari blog kat Ummi...tapi resepi ni telah diubah suai sikit...ikut citarasa sendiri..best layan dengan nasi minyak ni

bahan-bahan
1/2 ekor ayam-perasakan dgn garam kunyit dan goreng separuh masak
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar gula
2 sudu besar madu
1 labu bawang besar
sedikit garam
bahan kisar
3 sudu cili kering kisar
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 cm halia
bahan tumis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 cm kulit kayu manis
cara memasak:-
  • goreng ayam setengah masak dan ketepikan
  • tumiskan bahan tumis dan bahan kisar. Tumis sampai naik bau dan pecah minyak
  • masukkan asam jawa, gula, garam,madu dan bawang besar
  • Masukkan ayam. Biarkan seketika, baru lah diangkat

Tuesday, June 16, 2009

sup ayam serba ringkas

Ni sup ayam sesuka hati...pernah letak sup ayam sebelum ni tapi kali ni cuba style lain lak.. rasa mengancam gak oo bila makan dengan sambal kicap pedas....



sambal tumis udang

Permintaan Daniel sblm pergi sekolah pagi tadi..suka sangat sambal tumis udang tapi buat tak lah terlalu pedas..kalau ada sambal tumis ni mau bertambah makan nasi tuh...ni resepi ikut suka aku...



kailan ikan masin

bahan-bahan

  • 1 ikat kailan-potong panjang
  • 2 ulas bawang putih-ketuk jer
  • sebiji lada merah-dimayang
  • 2 sudu besar sos tiram
  • sedikit ikan tenggiri masin-potong kecil2
  • bawang besar-dimayang

cara memasak

  • tumis bawang putih, bawang besar,cili merah
  • bila naik bau masukkan ikan masin dan sos tiram
  • masukkan sayur
  • tak payah letak garam sbb sos tiram dah masin
  • jgn masak sayur terlampau lama




masak-masak

ni masak brokoli dengan tauhu telur berudang




ni ayam cili kering bergajus...chinese style

kari ikan kembung

Kari again..tapi kali ni kari tanpa santan lo...heheh sesuai dengan sapa2 yg tengah berdiet...rasanya ala2 asam pedas yg berkari....layan

bahan-bahan

  • 4 ekor ikan (aper2 ikan jer boleh letak tenggiri,merah,jenahak...)
  • 1 biji terung bulat
  • 5 biji bendi
  • 1 biji tomato
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • 1 cawan jus asam jawa
  • air
  • 2 camca besar cili kisar*
  • 3 camca besar rempah kari*
  • sedikit air*
  • (bahan bertanda* satukan ,jadikan pes)
  • garam dan gula

bahan kisar halus
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci belacan
  • 1/2 inci kunyit

bahan tumis

  • 1 labu bawang besar-hiris
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1 tangkai daun kari
  • minyak untuk menumis

cara memasak

  • cuci ikan, terung dibelah empat, cuci bendi , tomato belah dua, ketepikan
  • panaskan minyak dan tumis bahan tumis sampai layu, masukkan bahan-bahan kisar
  • bila naik bau masukkan bancuhan kari dan masak sampai terbit minyak
  • tuang air secukupnya dan jus asam jawa, biar mendidih
  • masukkan ikan dan segala mcm sayur-sayuran
  • perasakan dengan garam dan gula
  • leh angkat



sayur campur dengan cendawan enoki