Knock!!! Knock!!!
Meh la masuk...tak der per lah...just main masak-masak, jalan-jalan dengan my family, jumpa kawan-kawan lama, layan karenah anak-anak dan lain-lain ler. Ada banyak resepi tapi simple jer..alah janji leh kenyang...enjoy lah yer....
Menu ni pun senang nak sediakan..main campak2 jer..bahan atau pun sayuran letak jer aper yg korang suka...
bahan-bahan
- 2 cawan fusili (rebus dan toskan)
- sedikit minyak zaitu
- sedikit sosej (rebus dahulu)
- sedikit garam
- sedikit serbuk lada hitam
- sayur2ran seperti tomato ceri, capsicum merah,hijau,kuning

cara membuat
- masukkan fusili yg telah direbus ke dlm satu bekas yg besar
- tuangkan semua bahan ke dlm fusili tadi
- gaul sebati
- perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam
- boleh makan dah...senang jer kan...

Masak sempena birthday Daniel...malas nak masak berat,,just simple dishes...main campak2 jer..bakarsekejap..da siap
bahan-bahan
- 4 ketul ubi kentang yg besar2 (totong bulat dan rebus sekejap)...toskan..
- 2 tin mushroom sup ..paper jenama pun boleh
- sedikit serbuk lada hitam
- sedikit parmesan cheese
- sedikit mozarela cheese
- sedikit parsley flake
cara membuat
- aturkan ubi kentang di atas dulang
- lapiskan dengan mashroom sup
- tabur sedikit serbuk lada hitam
- ulang sampai habis..sama mcm buat lasagna jer
- lapisan akhir taburkan cheese
- tabur jugak parsley flake
- bakar 20-30 minit..bergantung jenis oven...
Hari-hari makan nasi...tak jemu ker..meh layan spegeti lak....

bahan-bahan
1/2 peket spegeti (rebus..ikut arahan pada peket tu dan campurkan dgn sedikit minyak zaitun))
1 botol besar sos spegeti prego(traditional or mushroom..ikut selera la yer)
1 peket daging cincang ramly
sedikit daun parsley (optional)
sedikit bawang putih
sedikit bawang besar
sebiji tomato
sedikit cendawan butang(optional)
sedikit minyak zaitun
cara menyediakan
tumis bawang putih dan bawang besar dgn sedikit minyak zaitun
bila dah naik bau masukkan daging cincang
bila daging dah masak masukkan sos spegeti
bila dah menggelegak masukkan tomato yg tlh didadu,cendawan butang
masak sampai kuah pekat
letak spegeti dlm pinggan dan tuang kuah ke atasnya..tabur dengan parsley...dah boleh ngap..yummy...
Hari tak terasa nak mkn nasi lak..nak yg western2 gitu..yer lah mkn nasi hari2 pun jemu jugak kan (alasan malas nak masak nasi la tu)..sekaligus nak rasmikan mangkuk caserol yg baru beli kat ikea tuh...

ni ler rupanyer lasagna yg belum dibakar...

selepas dibakar...

nak ngap.....
Jom kita layan pasta. Sejak dua menjak ni dah hilang selera nak makan nasi la pulak. Belek punya belek jumpa ler resepi makaroni, tapi lupa lak blog mana. Maaf ler kat tuan punya resepi tapi memang best ler..selera dengan citarasa. Tapi kan resepi ni dah diubah sedikit mengikut bahan-bahan yg ada kat dapur tuh. Jom kita tgk mcm mana nak buat makaroni ni...
Bahan-bahan
Rebus pasta. Tos dan ketepikan.
Bahan-bahan untuk inti daging
Cara membuat
Goreng bawang besar dan bawang putih dengan sedikit minyak zaitun sampai layu. Masukkan cili kisar, goreng sampai naik bau. Masukkan daging dan goreng sampai daging masak.
Masukkan karot, mix vegie.
Masukkan sos spegeti dan sos cili. Biar mendidih dan naik bau.
Perasakan dengan garam dan gula. Masak sampai pekat. Tutup api dan angkat
Sos putih
Cara membuat
Masak butter atas api perlahan. Bila cair dan berbuih, taburkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
Kacau cepat-cepat dalam 3-4 minit. Masukkan susu segar, garam dan lada hitam.
Kacau perlahan sehingga nampak sos bersalut dibelakang senduk kayu.
Cara-cara nak melapis pasta
Dalam acuan, griskan dengan sedikit butter.
Mulakan dengan pasta, ratakan. Lepas itu lapiskan dengan inti daging kemudian ratakan dengan sos putih.
Teruskan melapis. Aku buat dua lapisan pasta jer. Malas nak melapis banyak kali.
Akhiri dengan parutanb keju dilapisan yang paling atas.
Bakar selama 30 minit.

Ni lah rupanya makaroni yang belum dibakar tu

Setelah masak.....mmm yummy...sedap dimakan panas-panas