Knock!!! Knock!!!

Meh la masuk...tak der per lah...just main masak-masak, jalan-jalan dengan my family, jumpa kawan-kawan lama, layan karenah anak-anak dan lain-lain ler. Ada banyak resepi tapi simple jer..alah janji leh kenyang...enjoy lah yer....
Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Monday, January 17, 2011

kek alunan kasih

Dah lama tak mengkekkan diri...jom layan kek yg simple ni.....


bahan-bahan:

5 biji telur
1 1/2 cawan butter (250 g)
2 1/2 cawan tepung gandum- ayak dengan baking powder
1 1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan susu cair
1 sudu kecil esen vanila
serbuk koko secukupnya
pewarna-hijau, kuning, merah
tapis teh yg halus utk ayak serbuk koko

cara membuat:-

- pukul butter dengan gula sampai kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
-masukkan esen vanilla, susu cair dan gaul sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
-Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. warnakan setiap bahagian dengan warna yg berlainan.
-Griskan loyang dengan butter.masukkan warna hijau..kemudian taburkan serbuk koko menutupi lapisan pertama tadi.
-then masukkan lapisan kedua.ratakan perlahan dan taburkan serbuk koko di atasnya...ulang hingga habis
-bakar selama 45 minit dengan suhu 170 darjah...



Sunday, December 13, 2009

carrots cuppies for my hubby

Tiba-tiba husband aku ni mintak carrots cake....mengidam ker???hias frosting tu sesuka hati jer..tangan ni keras lah nak mendeko bagai....ropanyer2 husband aku ni tak nak cup cake...dia nak cake yg sebijik sedebuk gitu....lain kali lah yang...tahun depan ek.....hehehehehe






Wednesday, November 18, 2009

carrots cake

Waduh..dah berabad rupanyer tak n3 paper news kat blog ni yer..hujan2 ni aku pun naik malas jadinyer....jom kita layan kek keret lak...last week aku wat kek ni coz nak meraikan tetamu yg dtg dari jauh...my future brother in law..puas gak aku dok fikir nak masak per..takut dia tak makan lak maklum ler lidah mat salleh...tapi rupa2nyer dia bantainyer semua makanan org melayu fuhhhhhhhhhh...wa tabik spring lu...kek ni aku ambik dr blog batrisya yg jauh nun di utara...thanks a lot....
Bahan-bahan

Bahan A

2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking soda
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis

Bahan B

4 biji telur
1 1/4 cawan minyak jagung
2 cawan gula kastor (saya letak 1 cawan brown sugar n 1/2 cawan gula kastor)
1 sudu teh esen vanila

Bahan c

3 cawan parutan carots
1 1/2 cawan walnut (cincang)-saya guna 1 cawan je
1 cawan kismis

Cara membuat

  • satukan semua bahan kering (A) dan ayakkan.
  • Pukul telur, minyak jagung, gula kastor, brown sugar dan esen vanila selama 3 minit sehingga warnanya sedikit pucat
  • Masukkan kesemua bahan A
  • Masukkan bahan C
  • Gaul sebati dengan senduk kayu
  • Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit dan tambah lagi 30 minit jika perlu, bergantung pada oven masing-masing
  • Bila masak keluarkan kek dari loyang dan sejukkan dia atas redai kek sblm di sapu dengan frosting.


Frosting

  • 125 gram cream cheese
  • 60 gram butter
  • 60 gram gula
  • i sudu kecil lemon jus (optional)

cara

  • pukul semua bahan dengan kelajuan yg tinggi hingga gebu
  • hias mengikut citarasa sendiri

satu lagi contoh frosting:-

  • 120 gram gula kastor (50 gram jer)
  • 250 gram cream cheese
  • 120 gram ising sugar
  • 1 sudu kecil jus lemon (optional)

Pukul semua bahan sampai gebu

Thursday, October 15, 2009

lemon cheese cake la pulak...

1st time buat cheese cake ni. Agak takut nak mengcheese ni coz takut tak jadi...tapi atas permintaan Daniel try buat jugak ler...

Friday, October 2, 2009

moist chocolate cake

Jom makan kek...sajer jer buat ni..semalam wat kek buah untuk my darling friend..ader makan2 kat opis katanyer...anak2 yg tgk kek tuh telan air liur jer lah... cianyer...so hari ni buat ler sebiji lagi. Jom layannnnnnnnnn!!!!!!! sajer letak chocolate rice...bagi kaler sikit


yummyyyyy.....very moist...maybe tomorrow lagi moist


dont wori darling..kali ni dah kurang manisnyerrr...hehehheh

Tuesday, July 7, 2009

kek pisang sempoi

Buat kek lagi.....ni proses nak perabihkan bekalan pisang..drpd dok buang jer baik ler kita godak2kan dia...seperti biasa resepi aku cedok kat dapur Kak Ummi..memang sempoi sangat coz aku main blend jer semua bahan..tak yah nak guna mixer pun...blend mcm nak buat sambal tumis tuh.....tapi pastikan blender bersih daripada sebarang rasa...kan kek terasa pedas lak...hheheehh


adunan sikit jer..tu yg guna loyang loaf jer tapi......


melampau-lampau lak dia naik..

bahan-bahan
  • 150 g pisang emas (aku buat pisang berangan..ader la dlm 200 g)
  • 180 g tepung gandum
  • 180 g gula halus (150g jer...sedang elok manisnya)
  • 3 biji telur
  • 120 ml minyak masak (aku guna minyak jagung)
  • 1 sudu teh ovellete
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam

cara membuat

  • campurkan kesemua bahan
  • pukul dengan mixer sampai sebati (adunan menjadi putih)
  • masukkan dlm loyang yg telah dilengserkan dengan marjerin...alas dengan kertas minyak
  • bakar pada suhu 180 darjah selama 40 hingga 50 minit..bergantung kepada jenis oven masing-masing.

note: nak lagi senang blend semua bahan dengan blender sampai adunan jadi warna putih



setelah dipotong...ini lah rupanya...

Saturday, June 27, 2009

trio marble cake




Monday, June 22, 2009

chocolate cup cake again....


Kek lagi...pernah buat sebelum ni...kali ni buat atas permintaan anak-anak. Suka sangat makan kek especially kek coklat. Mcm biasa lah resepi aku cedok dari blog Kak Ummi yg teror masak tuh...mintak halal yer kak Ummi..

Thursday, May 28, 2009

Kek Marble coklat

Kek ni pun wat semalam gak...saje untuk makan-makan...lastly sekali hubby aku wat gi opis ler pulak...ni resepi dari cikgu kelas kek..moh ler kita layan makan kek ni... ni jer yg tinggal setelah dikerjakan oleh my kids........



Tuesday, May 19, 2009

Kek Buah

Dah lama nak makan kek buah tapi buatnya tak juga. wekend ni terasa rajin lak nak membaking, tu yg pergi cari bahan gak tuh. Ptg lak hubby dah plan nak gi Bukit Jelutong, rumah best friend dia yg baru pindah kat sana. Biasa lah kami nak melawat rumah baru la katakan . Memang elok benar lah yer..leh gak bawak buah tangan untuk minum petang. Alah kek ni bukan susah mana pun, berlambak resepi dia kat internet, sajer jer aku nak tayang kat sini.


Takper lah aku sertakan jugak ler resepi kek ni yer. Resepi ni aku amik semasa pergi kelas baking tempohari. Jom layannnnnnn....

Bahan-bahan

500 gram mix fruit

250 gram mentega

250 gram gula perang (boleh kurang ke 200 gram..tak manis sangat)

250 gram tepung kek

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh rempah campuran

10 biji ceri merah (optional)-belah empat

4 biji telur gred A

5 sudu makan jus oren

2 sudu makan parutan kulit oren

secubit garam

cara membuat

-Basuh mix fruit dan ceri di bawah air paip untuk buang lebihan gulanya. Toskan dan lap dengan tuala bersih hingga kering.

-griskan acuan empat segi berukuran 9 inci. Lapik dengan kertas serap minyak. Panaskan ketuhar

- Satukan mentega, gula perang dan garam dalam mangkuk adunan. Pukul sampai kembang selama 5-7 minit sahaja.

- Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan kelajuan sederhana sampai sebati.

-Pindahkan adunan ke dalam mangkuk adunan yg besar. Masukkan mix fruit, ceri, parutan kulit oren. Gaul dengan senduk kayu hingga adunan bercampur rata. Buat kaedah kaup balik supaya buah tidak jatuh ke bawah.

-Kemudian masukkan tepung yg telah diayak dengan baking powder dan rempah campur sedikit-sedikit berselang seli dengan jus oren

- Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 1-1 1/2 jam

Wednesday, April 22, 2009

Kek Marble Pelangi

Hari ni berkeinginan lak nak buat kek. Maklum ler sebelum ni dok tgk jer blog org..sampaikan kecur air liur tgk kek2 diaorg. Bagi aku yang tak pandai dlm mengodak kek ni, kek simple jer la mampu ku buat..tu pun nasib baik jadi...kalau tak masuk bakul sampah je la jwbnye heheheh...Ni aku ambik resepi Puan Noraini dalam buku Kompilasi Hidangan Kek...Jom kita share...






Kek Marble Pelangi

bahan-bahan:-

250 gram mentega
220 gram tepung kek (blue key)
1 sudu teh serbuk penaik
200 gram gula kastor
4 biji telur gred A
5 sudu makan fresh milk
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna merah, kuning dan hijau

cara membuat

1. Griskan acuan bulat berukuran 8 inci. Lapiskan dengan kertas minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 180*c

2. Ayak tepung kek dan serbuk penaik

3. Pukul mentega dan gula kastor sampai kembang dan putih dgn kelajuan sederhana

4. Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji demi sebiji hingga sebati

5. Masukkan tepung yg telah diayak sedikit demi sedikit sambil dikacau diikuti fresh milk dan esen vanila. gaulkan hingga rata

6. bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan dengan merah, kuning dan hijau.

7. Ambil satu senduk adunan kuning dan tompokkan ditengah2 acuan.Kemdian diikuti warna merah diatasnya. last sekali warna hijau ditompokkan diatas warna merah. Ulang proses ini sampai adunan habis

8. Goyangkan adunan supaya rata.Bakar selama 1 jam .