Knock!!! Knock!!!

Meh la masuk...tak der per lah...just main masak-masak, jalan-jalan dengan my family, jumpa kawan-kawan lama, layan karenah anak-anak dan lain-lain ler. Ada banyak resepi tapi simple jer..alah janji leh kenyang...enjoy lah yer....

Tuesday, May 19, 2009

Kek Buah

Dah lama nak makan kek buah tapi buatnya tak juga. wekend ni terasa rajin lak nak membaking, tu yg pergi cari bahan gak tuh. Ptg lak hubby dah plan nak gi Bukit Jelutong, rumah best friend dia yg baru pindah kat sana. Biasa lah kami nak melawat rumah baru la katakan . Memang elok benar lah yer..leh gak bawak buah tangan untuk minum petang. Alah kek ni bukan susah mana pun, berlambak resepi dia kat internet, sajer jer aku nak tayang kat sini.


Takper lah aku sertakan jugak ler resepi kek ni yer. Resepi ni aku amik semasa pergi kelas baking tempohari. Jom layannnnnnn....

Bahan-bahan

500 gram mix fruit

250 gram mentega

250 gram gula perang (boleh kurang ke 200 gram..tak manis sangat)

250 gram tepung kek

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh rempah campuran

10 biji ceri merah (optional)-belah empat

4 biji telur gred A

5 sudu makan jus oren

2 sudu makan parutan kulit oren

secubit garam

cara membuat

-Basuh mix fruit dan ceri di bawah air paip untuk buang lebihan gulanya. Toskan dan lap dengan tuala bersih hingga kering.

-griskan acuan empat segi berukuran 9 inci. Lapik dengan kertas serap minyak. Panaskan ketuhar

- Satukan mentega, gula perang dan garam dalam mangkuk adunan. Pukul sampai kembang selama 5-7 minit sahaja.

- Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan kelajuan sederhana sampai sebati.

-Pindahkan adunan ke dalam mangkuk adunan yg besar. Masukkan mix fruit, ceri, parutan kulit oren. Gaul dengan senduk kayu hingga adunan bercampur rata. Buat kaedah kaup balik supaya buah tidak jatuh ke bawah.

-Kemudian masukkan tepung yg telah diayak dengan baking powder dan rempah campur sedikit-sedikit berselang seli dengan jus oren

- Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 1-1 1/2 jam

0 comments: