Knock!!! Knock!!!

Meh la masuk...tak der per lah...just main masak-masak, jalan-jalan dengan my family, jumpa kawan-kawan lama, layan karenah anak-anak dan lain-lain ler. Ada banyak resepi tapi simple jer..alah janji leh kenyang...enjoy lah yer....

Thursday, May 21, 2009

Mentimun..antara mitos dan realiti....

Betul ker hanya dengan sebiji mentimun saja kita boleh kekal sihat dan cantik sepanjang masa. Namun demikian untuk mendapatkan hasilnya kenalah bersabar yer..takkanlah kita makan mentimun hari ni, esoknya boleh terus jelita. Kena ambil masa jugak dan semestinya ia menjadi amalan harian...lepas ni selalu lah ada kat dalam fridge yer....jom kita kongsi rahsia disebalik sebiji mentimun ni...


  • Mentimun kaya dengan khasiat tersembunyi seperti protein, karbohidrat, kalsium, zat besi, vitamin A, vitamin B1, fosforus, magnesium. Ia dikatakan mampu mengekalkan kandungan alkali dalam darah dan menyejukkan badan.
  • Jus mentimun pula dipercayai mampu mengubati penyakit tekanan darah tinggi, membersihkan ginjal, merawat gastrik, ulser dan sebagainya.
  • bagi yg selalu pening kepala sehingga boleh menjejaskan berat badan dan aktiviti seharian cubalah makan mentimun yg sudah masak.
  • Kanak-kanak yang kecacingan boleh diubati dengan memakan biji mentimun. Ini kerana sebatian hipoxantin yg terdapat dalam biji mentimun dikatakan mampu merawat penyakit tersebut.


  • Hujung mentimun selalunya pahit. Sebenarnya bahagian tersebut mengandungi sebatian kimia yg dikenali sebagai cucurbitasin. Malahan mentimun digunakan sebagai penawar untuk masalah disentri atau masalah buang air besar berdarah.
  • Mentimun juga penting dalam bidang kecantikan. Terutamanya menjadi tonik dalam rawatan kecantikan wajah yang sekali gus mampu menaikkan seri wajah secara semulajadi.
  • Ekstrak mentimun sering digunakan sebagai ramuan dalam rangkaian kosmetik penjagaan wajah terutamanya untuk merawat masalah jerawat, bintik-bintik hitam, kulit kusam dan rawatan menegangkan kulit wajah.

Sumber: Majalah Wanita, November 2007, hal.154

Note: Alahai ni yg buat aku lemah ni...aku tak berapa suka mentimun ...kalau setakat nak tempek kat muka tuh boleh ler. Kalau ada dalam nasi ayam pun aku buang, inikan pula nak minum jus mentimun...nampak gayanyer kena selalu beli mentimun ler...nak cantik dan sihat lah katakan..Patutlah ayah aku makan mentimun mcm makan epal jer..awet muda katanya...tak boleh jadi ni...heheheh




0 comments: