Knock!!! Knock!!!
Wednesday, December 23, 2009
donut again
Posted by Mira at 5:21 PM 0 comments
Labels: kuih muih
Sunday, December 13, 2009
jom kita mengapamkan diri...
bahan-bahan
- 300 gram tepung beras
- 8-10 sudu besar gula pasir
- 1 sudu besar yis
- 280-300 ml air
- 3 sudu besar eno (1 sudu kecil untuk 3 warna berlainan)
- pewarna merah, hijau, kuning..paper kaler jer
- kelapa parut yg digaul dengan sedikit garam
cara membuat
- bancuh tepung dengan air sedikit demi sedikit.
- masukan yis dan gula, kacau sebati
- biarkan bancuhan semalaman...6 jam pun da ok...
- bancuhan dibahagi kepada 3 bahagian
- masukkan 1 sudu kecik eno ke dlm setiap satu bahagian
- masukkan warna yg berlainan dlm setiap satu bahagian
- kacau biar berbuih
- panaskan periuk kukus..masukkan acuan apam sekejap..kemudian tuangkan adunan tadi..
- kukus sampai masak
resepi apam tepung beras (resepi 2)
- 1 cawan nasi
- 2 cawan tepung beras
- 1 cawan gula putih
- 1 1/4 cawan air
- 3 gram yis
- 4.3 gm eno
cara membuat
- blend nasi dengan air sampai hancur
- campurkan gula, tepung dan yis. blend sebati
- masuk dlm bekas kedap udara dan tutup rapat. perap selama 5 jam
- pastu kacau perlahan dam masukan pewarna than eno
- kacau sebati dan biarkan lagi 5 minit
- kukus
Posted by Mira at 10:21 PM 0 comments
Labels: kuih muih
Wednesday, November 18, 2009
kuih bakar (bingka kot)
Kuih bakar ni buat kerana memenuhi permintaan hubby ni...tetiba nak makan kuih ni...ngidam ker ni???? resepi ambik dari blog cikgu Noraini...wa punyer sifu....
- 3 1/2 cawan santan
- 5-6 biji telur
- 2 cawan gula (guna 1 1/2 jer)
- 1/2 cawan air pandan (10 helai daun pandan)
- 2 cawan tepung gandum
- sedikit bijan-goreng tanpa minyak
cara membuat
- Masukkan semua bahan kecuali bijan ke dalam blender..blend sampai hancur.
- tapiskan.
- lengser acuan dengan sedit buter
- bakar selama 45 minit-1 jam dengan suhu 180 darjah.
- tabur bijan bila 1/2 waktu membakar
tips: bakar kuih dengan api bawah dahulu pada setengah jam yg pertama kemudian bakar pada api atas...selamat membakar
Posted by Mira at 1:11 AM 0 comments
Labels: kuih muih
Wednesday, October 14, 2009
lepat liat
Maybe budak2 sekarang dah tak makan kot lepat mcm ni...maklum ler ni resepi org dulu2....tapi kalau layan tu sodap jugak....liat2 manja gitu...
Posted by Mira at 4:37 AM 0 comments
Labels: kuih muih
Sunday, July 26, 2009
my 1st karipap pusing
Buat karipap ni...sajer nak test skill wat karipap lak. Seumur hidup aku tak pernah pun wat karipap tapi makan expert hehhehe...alahai tensennyer wat karipap pusing ni..nak kena canai pastu bab nak kelim tepi tuh yg aku lemah betul..aku tabik ler pada sapa-sapa yg berniaga karipap pusing ni..patut ler harga dia mahal...kalau nak tgk cara-cara nak membuat tgk jer kat rinn chan fotopages...
Posted by Mira at 6:39 PM 0 comments
Labels: kuih muih
Tuesday, July 21, 2009
kuih keria
Posted by Mira at 11:14 PM 0 comments
Labels: kuih muih
Tuesday, May 19, 2009
Jemput-jemput pisang
Selalunya bila gi pasar, hubby aku mesti beli pisang. Pisang sedap per...wat jemput2 lagi la sodap. Selalunya wekend kitaorg ni mana lah lekat kat rumah, jadi pisang tu tak der la habis nak makan. Last dok jer kat ceruk dapur...malas nyer kan hehehehe...ok ler daripada membazir moh la kita godak2 dia jadi sejemput dua jemput ek. Walau pun semua org dah tahu membuatnya , aku letak la jugak...heheheheeh
Bahan-bahan
5 biji pisang paper pun boleh ( guna pisang berangan ni)
tepung gandum secukupnyagula secukup rasa
sedikit garam
Cara membuat
-Lecek pisang sampai hancur
-gaulkan dengan tepung,gula dan sedikit garam
-gaul sebati. Adunan jangan terlampau keras atau lembik. Elok2 jer untuk dijemputkan.
-Goreng hingga kekuningan...pastu makan.....
Posted by Mira at 2:39 AM 0 comments
Labels: kuih muih






