Masak nasi minyak sempena meraikan birthday Aiman yg ke-3..dalca tuh masak ikut suka hati aku jer..main taruk jer aper yg ader kat fridge...resepi nasi minyak dah n3 sebelum ni...resepi dari blog kat ummi kuantan...layan
Knock!!! Knock!!!
Tuesday, November 3, 2009
nasi minyak dan dalca campur
Posted by Mira at 2:42 AM 0 comments
Labels: Nasi
Tuesday, July 14, 2009
nasi ayam madu
ni ler sup dia...
Posted by Mira at 1:53 AM 0 comments
Labels: Nasi
Thursday, June 18, 2009
nasi minyak
Alahai teringin makan nasi minyak la pulak...bahan-bahan semua dah ada...layannnnnnnn...
3 cawan beras basmathi (aku campur jer basmathi dgn beras biasa)
3 cawan air
2 sudu makan minyak sapi
1 sudu kecil marjerin
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 labu bawang besar-mayang
2 sudu makan kismis
2 sudu makan bawang goreng
2 helai daun pandan
sedikit garam dan gula
sedikit serbuk pati ayam maggi
bahan tumis
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
cara memasak
- Panaskan minyak sapi dan marjerin. Tumiskan bawang besar dan bahan tumis sampai wangi
- masukkan sos cili, sos tomato dan air. Gaulkan sebati
- kemudian masukkan garam da, gula serbuk pati ayam dan daun pandan
- Bila mendidih masukkan beras yg telah dibasuh. Tanak seperti biasa
- bila nak hidang taburkan dengan kismis dan bawang goreng
Posted by Mira at 11:17 PM 0 comments
Labels: Nasi
Saturday, May 30, 2009
Nasi impit Kuah Kacang
Resepi kuah kacang
- 500 gram kacang tanah (goreng dulu ler)
- 1 camca teh jintan manis
- 5 tangkai cili kering (cari yg pedas sikit)
- 4 ulas bawang merah
- 1/2 cawan gula merah
- garam secukup rasa
- sedikit air asam jawa
- 2 batang serai (diketuk)
Cara membuatnya:-
- kisar kacang tanah..tapi jangan terlampau halus yer
- tumbuk jintan manis
- blendkan cili kering, bawang merah, jintan manis
- tumis bahan2 yg telah diblend sampai pecah minyak
- masukkan kacang tanah
- pastu masukkan air asam jawa dan serai
- perasakan dengan garam dan gula merah
- dah agak2 pekat tu tutup jer la api tuh...........
Posted by Mira at 10:15 PM 1 comments
Labels: Nasi
Saturday, May 9, 2009
Nasi Beriani dan rakan-rakan
Daging masak hitam (mamak style)
Dalca ayam cincang
Nasi berianiPosted by Mira at 5:37 PM 0 comments
Labels: Nasi
Thursday, May 7, 2009
Nasi goreng suka-suka
Alahai nasi semalam banyak lak..tak per leh wat nasi goreng ni. Tapi nak wat nasi goreng aper la yer..ni yg lemah ni anak2 suka nasi goreng letak kicap...yg bapak dia lak suka nasi goreng kuning..pape pun wat lu..dah masak nanti layan gak....
Bahan-bahan
2 Mangkuk nasi (semalam punya nasi tau..tapi jgn lah yg dah basi)
sebiji telur
sedikit kacang panjang
sedikit ikan bilis
1 sudu cili kering kisar
2 ulas bawang merah
seulas bawang putih
cili api (optional)
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
cara memasak
-goreng telur dan ketepikan
-tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan cili api
-tumiskan bahan-bahan tumbuk dan masukkan cili kering kisar. Tumis sampai wangi. Masukkan garam
-masukkan nasi. Gaul sehingga sebati. Masukkan kacang panjang dan telur yang telah digoreng tadi
-Masukkan serbuk kunyit (agak2 kuning jer)
-pastu leh la makan..
Posted by Mira at 1:43 AM 0 comments
Labels: Nasi
Monday, April 20, 2009
Bubur Lambuk
Posted by Mira at 2:28 AM 0 comments
Labels: Nasi
Nasi Kerabu
Posted by Mira at 1:55 AM 0 comments
Labels: Nasi
Saturday, March 28, 2009
bunga telang @ bunga nasi kerabu
Posted by Mira at 4:28 AM 0 comments
Labels: Nasi








