Alahai teringin makan nasi minyak la pulak...bahan-bahan semua dah ada...layannnnnnnn...
3 cawan beras basmathi (aku campur jer basmathi dgn beras biasa)
3 cawan air
2 sudu makan minyak sapi
1 sudu kecil marjerin
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 labu bawang besar-mayang
2 sudu makan kismis
2 sudu makan bawang goreng
2 helai daun pandan
sedikit garam dan gula
sedikit serbuk pati ayam maggi
bahan tumis
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
cara memasak
- Panaskan minyak sapi dan marjerin. Tumiskan bawang besar dan bahan tumis sampai wangi
- masukkan sos cili, sos tomato dan air. Gaulkan sebati
- kemudian masukkan garam da, gula serbuk pati ayam dan daun pandan
- Bila mendidih masukkan beras yg telah dibasuh. Tanak seperti biasa
- bila nak hidang taburkan dengan kismis dan bawang goreng
0 comments:
Post a Comment