Bulan Rejab akan tiba lagi...bulan Rejab adalah bulan Allah S.W.T..sama-samalah kita lihat ada apa disebalik bulan Rejab itu. Sama-sama lah kita mengingati amalan-amalan mulia yang penuh berkat ini....
Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda
"Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan Allah S.W.T maka...
- Barang siapa yang berpuasa sehari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari Allah S.W.T.
- Barang siapa yang berpuasa pada tanggal 27 Rejab/israj mi'raj (isnin 20 julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.
- Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bula Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi Allah S.W.T.
- Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal1, 2 dan 3 Rejab (24, 25 dan 26 Julai 2009) maka Allah S.W.T akan memberi pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkan dari bahaya dunia dan seksaan akhirat.
- Barang siapa yang berpuasa selama 5 hari dalam bulan ini, i.allah permintaanya akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.
- Barang siapa yang berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutpkan 7 pintu neraka jahanam dan barang siapa yang berpuasa 8 hari maka dibuka 8 pintu syurga...
- Barang siapa yang berpuasa selama 15 hari dalam bulan ini, maka Allah S.W.T akan mengampuni segala dosa-dosanya yang lalu dan menggantikan semua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka Allah akan menambahkan pahalanya.
Sabda Rasulullah S.A.W...
"pada malam israj mi'raj , saya melihat sungai yang airnya lebih manis daripada madu, lebih sejuk dari air batu, dan lebih wangi dari minyak wangi, lalu saya bertanya kepada jibril as "wahai jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka Jibril menjawab "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini".
Dalam sebuah riwayat Thsauban bercerita..
"ketika kami berjalan-jalan dengan Rasulullah S.A.W kesebuah kubur, lalu baginda berhenti lalu menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada Allah S.W.T. Lalu saya bertanya kepada baginda.."ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?..lalu baginda bersabda.."Ya Thsauban, mereka itu sedang diseksa di dalam kuburnya dan saya berdoa kepada Allah S.W.T, lalu Allah meringankan atas mereka.
Sabda baginda lagi " wahai Thsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam sahaja di bulan Rejab, nescaya mereka tidak akan diseksa di dalam kubur. Thsauban bertanya lagi.."Ya Rasulullah...apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam di bulan Rejab sudah dapat mengelakkan seksaan kubur?
sabda baginda "Wahai Thsauban, demi Allah yang telah mengutuskan saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana Allah S.W.T, kecuali Allah mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.
Note: Semoga Rejab ini disambut dengan penuh keberkatan..amin...
0 comments:
Post a Comment