Jom kita menjala..bahan-bahan senang jer tapi bila masuk bab nak menjala ni lemah sungguh...tgk mak mertua aku buat senang jer..mungkin tangan org lama...dah expert kot..balik nanti aku kena menuntut ilmu dengan dia lagi lah..walaupun rupa tak secantik dan sehalus kat kedai tapi boleh lah makan..dah lama nak menjala ni tapi takut tak jadi jer..I.Allah nanti buat lain kali bagi nampak halus lagi...mira boleh!!!!!
bahan-bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan air (leh gak letak 1 cawan air n 1 cawan susu segar)
- 1 biji telur
- 1/2 sudu teh garam
- beberapa titik pewarna kuning
cara membuat
- Masukkan kesemua bahan dalam blender dan blend hingga sebati
- perapkan selama 1/2 jam
- sediakan kuali..non stick lagi bagus
- cedok adunan dengan acuan roti jala. Masak 1 minit dengan api perlahan
- bila masak leh lipat or gulung ikut citarasa masing-masing
0 comments:
Post a Comment