Knock!!! Knock!!!

Meh la masuk...tak der per lah...just main masak-masak, jalan-jalan dengan my family, jumpa kawan-kawan lama, layan karenah anak-anak dan lain-lain ler. Ada banyak resepi tapi simple jer..alah janji leh kenyang...enjoy lah yer....
Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Tuesday, November 3, 2009

agar-agar santan

Agar-agar ni masak sebagai pelengkap nasi minyak tuh la...pencuci mulut la konon...

Tuesday, September 15, 2009

puding kastard jala mas

Ni kastard peberet Daniel....tapi nak dapatkan jala mas tuh kena ler balik kg....resepi dia...alah buat mcm puding kastard biasa tuh...pastu letak ler jala mas....senang jer kan...layan...



Sunday, July 26, 2009

home made tau fu fah

Pertama kali buat taufu fah sendiri. Resepi ni aku ambil dari pn Noraini (kelas kek). Alhamdulilah nampaknyer menjadi gak tau fu fah ni.

bahan-bahan

  • 1 liter air kacang soya
  • 2 helai daun pandan
  • 1/3 sudu teh GDL (beli kat kedai peralatan bakery)
  • 1/4 cawan air
  • 500 gram gula
  • 200 gram air

cara membuat

  • Masak air kacang soya sampai mendidih
  • bancuh garam buah-buahan (GDL) dengan 1/4 cawan air
  • tuangkan ke dalam periuk dan kacau sebati
  • tutup periuk rapat-rapat. Rehatkan selama 1 jam supaya ia mengeras.

  • masak air gula dan daun pandan
  • bila dah keras sendukkan tau fu fah tadi dengan senduk nipis supaya tak hancur. Makan bersama dengan air gula yg telah dimasak tadi

Thursday, July 23, 2009

agar-agar milo

Buat agar-agar for my hubby.....mengidam ker???



agar-agar milo






Monday, July 6, 2009

puding kastard

Ni lak menu permintaan anak aku Daniel..Dah dua hari mintak aku buat puding yg ada sos ni..suka sangat katanya...tapi ok jugak layan puding waktu cuaca panas mcm ni....sejuk anak tekak....
bahan-bahan

  • 1 cawan tepung kastard
  • 6 cawan air
  • 1/2 cawan susu pekat
  • sedikit buah peach (paper fruit favourite pun boleh)

cara membuat

  • Campurkan kesemua bahan kecuali buah peach
  • tapis dulu la yer
  • masak atas api sederhana sehingga likat
  • bila kastard dah meletup-letup baru padamkan api
  • untuk memudahkan keluar kasrat, basahkan dulu loyang atau acuan pilihan
  • taburkan peach n sejukkan dlm fridge



bahan sos kastard

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air
  • 3 camca besar tepung kastard (nak lagi pekat tambah lagi tepung)
  • gula secukup rasa

cara membuat

  • campurkan kesemua bahan
  • masak atas api perlahan sehingga mendidih
  • angkat dan sejukkan


note: bila nak makan, potong kastard dan terbalikkan bahagian berpeach ke atas...taburkan buah2an koktel untuk menyedapkan lagi, tuang kuah di atasnya.yummmmmmmyyy

Tuesday, June 9, 2009

Jom kita cuci mulut dengan locong...

Aku tak tahu ler apa nama saintifik bagi benda ni..nak kata cendol bukan sbb totally different. Setahu aku benda ni berasal dari Thailand sebab tu ler hanya kat Kelantan jer ada benda ni..tapi tak tahu ler kalau ada jual kat tempat lain..ni kiranyer favourite hubby aku ni...kalau balik kg mesti cari locong. 1st time makan terus jatuh hati. Cara makan sama jer mcm cendol..cuma santan tuh dimasak pekat sikit...
Kalau kat Kelantan kami panggil benda ni buah kabung..
Setelah dicampur dengan santan dan gula melaka
Yummy....rasa nyaman jer anak tekak bila makan ni....











Aku tak tahu ler apa nama sa
i

n

Monday, May 11, 2009

Puding Laici

Sempena cuaca panas membahang ni, terasa lak nak makan puding. Baru semalam misi terlaksana. terliur lak tgk puding laici dalam blog kat ummi kuantan. Tapi sorry yer kepada tuan punya resepi, aku telah ubah resepi mengikut kesesuaian bahan yg ada dalam stok hehehehe. Meh kita layan puding kejap yer...


Bahan-bahan

25 g agar-agar

1400 liter air

2 helai daun pandan

1 tin susu cair

1 tin laici (asingkan air dan buahnya)

2 sudu besar gula (ikut kemanisan masing2 yer)

Cara membuat:-

-Masak agar2 hingga hancur. Pastu masukkan gula dan daun pandan

-Bila gula hancur, masukkan susu cair dan air laici tadi

-Angkat dan tapiskan. Masukkan dlm acuan kesukaan

-Bila nak hidang leh ler letak buah laici atau hiasan mengikut kegemaran masing-masing

Thursday, May 7, 2009

Baby Bread Puding


Resepi ni aku ambil sewaktu menjengah blog kak ummi Kuantan...heheh..resepi asal kat my resepi oleh Kak Fida. Senang sungguh nak membuatnya.Bahan-bahan lak tak der la banyak mana...tapi bila makan ummmmmmmmmm sodap tuh...tapi kan bebi bread ni aku dah ubah sikit..ikut aper yg ada kat peti ais aku ler....sorry ler kat tuan punya resepi ek...

Bahan-bahan
2 keping roti (aku bantai letak 4 keping)
100 ml susu cair (aku letak 200ml susu segar heheh)
3 sudu besar gula kastor
2 sudu besar tepung jagung
2 titik esen vanilla
2 biji telur
sedikit buahan campur/kismis/dates(ikut suka ler nak letak per)
sedikit marjerin
mangkuk muffin

Cara Memasak
-Potong roti empat segi kecil-kecil
-Campurkan gula, tepung jagung, susu, telur, esen vanila dan pukul sampai sebati
-masukkan roti dalam mangkuk muffin yg telah dilengser dengan marjerin
-tabur kismis diatasnya
-tuangkan adunan susu ke dalam mangkuk muffin tadi..bakar sehingga masak keperangan
-Bila sejuk boleh dimakan dengan sos kastard
bahan-bahan sos kastard
1/2 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
sedikit gula (ikut suka)
cara menyedia sos kastad
-Campurkan semua bahan dalam periuk
-kacau sampai kuah tadi pekat
-Angkat n makan ler dengan baby bread tadi