Resepi ni aku ambil sewaktu menjengah blog kak ummi Kuantan...heheh..resepi asal kat my resepi oleh Kak Fida. Senang sungguh nak membuatnya.Bahan-bahan lak tak der la banyak mana...tapi bila makan ummmmmmmmmm sodap tuh...tapi kan bebi bread ni aku dah ubah sikit..ikut aper yg ada kat peti ais aku ler....sorry ler kat tuan punya resepi ek...
Bahan-bahan
2 keping roti (aku bantai letak 4 keping)
100 ml susu cair (aku letak 200ml susu segar heheh)
3 sudu besar gula kastor
2 sudu besar tepung jagung
2 titik esen vanilla
2 biji telur
sedikit buahan campur/kismis/dates(ikut suka ler nak letak per)
sedikit marjerin
mangkuk muffin
Cara Memasak
-Potong roti empat segi kecil-kecil
-Campurkan gula, tepung jagung, susu, telur, esen vanila dan pukul sampai sebati
-masukkan roti dalam mangkuk muffin yg telah dilengser dengan marjerin
-tabur kismis diatasnya
-tuangkan adunan susu ke dalam mangkuk muffin tadi..bakar sehingga masak keperangan
-Bila sejuk boleh dimakan dengan sos kastard
bahan-bahan sos kastard
1/2 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
sedikit gula (ikut suka)
cara menyedia sos kastad
-Campurkan semua bahan dalam periuk
-kacau sampai kuah tadi pekat
-Angkat n makan ler dengan baby bread tadi
0 comments:
Post a Comment