Dah kering idea nak masak per..Lagipun dalam peti ais tuh tak der stok sangat. Belek punya belek, ada lah ayam seketul dua n seafood sikit. Boleh la wat tom yam...layannnnnnnnnnnn
Bahan-Bahan
Sedikit ayam
Sedikit daging
Sedikit seafood pilihan (udang, sotong)
1 inci lengkuas
1 bungkus pes tom yam
2 ulas bawang putih
sedikit jus limau nipis
sebiji buah tomato
cili api (ikut kepedasan masing-masing)
2 helai daun limau purut
selabu bawang besar (kuning)
Sebatang serai
garam gula secukup rasa
Cara Memasak
- Rebus ayam dan daging sehingga empuk
-Ketuk bawang putih, serai dan lengkuas
-Masukkan ke dalam ayam yg telah direbus
-Masukkan pes tom yam, bawang besar, cili api, daun limau purut, jus limau nipis, garam dan gula
- Akhir sekali masukkan udang, sotong dan tomato. Bila masak angkat..boleh ngapppppppp
0 comments:
Post a Comment