Alahai nasi semalam banyak lak..tak per leh wat nasi goreng ni. Tapi nak wat nasi goreng aper la yer..ni yg lemah ni anak2 suka nasi goreng letak kicap...yg bapak dia lak suka nasi goreng kuning..pape pun wat lu..dah masak nanti layan gak....
Bahan-bahan
2 Mangkuk nasi (semalam punya nasi tau..tapi jgn lah yg dah basi)
sebiji telur
sedikit kacang panjang
sedikit ikan bilis
1 sudu cili kering kisar
2 ulas bawang merah
seulas bawang putih
cili api (optional)
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
cara memasak
-goreng telur dan ketepikan
-tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan cili api
-tumiskan bahan-bahan tumbuk dan masukkan cili kering kisar. Tumis sampai wangi. Masukkan garam
-masukkan nasi. Gaul sehingga sebati. Masukkan kacang panjang dan telur yang telah digoreng tadi
-Masukkan serbuk kunyit (agak2 kuning jer)
-pastu leh la makan..
0 comments:
Post a Comment