Knock!!! Knock!!!

Meh la masuk...tak der per lah...just main masak-masak, jalan-jalan dengan my family, jumpa kawan-kawan lama, layan karenah anak-anak dan lain-lain ler. Ada banyak resepi tapi simple jer..alah janji leh kenyang...enjoy lah yer....

Wednesday, May 20, 2009

Betul ker budu ada khasiat??

Lamanya aku tak menulis sebarang artikel dalam blog ni. Semalam semasa membelek magazine lama, aku terpegun gak membaca satu artikel ni. Selama ni aku tahu makan jer, tapi tak tahu pun budu ni ada khasiat gak. Mesti ada korang tak tahu gak kan....meh kita amik tahu serba sedikit tentang budu ni yer....

Tahukan anda makanan yang amat popular di Kelantan iaitu budu ini mempunyai pelbagai khasiat? Makanan tersebut telah mendapat perhatian daripada para ahli pemakanan dari Jepun, Amerika, Australia dan Jerman. Kajian membuktikan bahawa budu yg seringkali dimakan dengan ulam-ulaman merupakan multivitamin yang amat diperlukan oleh tubuh badan manusia. Antara kebaikannya ialah:-

  • Mengeluarkan sisa toksin dan meningkatkan daya tahan tubuh.
  • Menghalang kanser dan pelbagai penyakit berbahaya yg lain daripada merebak.
  • Berpotensi melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan.
  • Mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat paling awal.
  • Mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolesterol darah, mencegah penyakit jantung dan hipertensi.
  • Memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yg lain.
  • Mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronik akibat kekurangan zat.
  • Dapat meningkatkan IQ. Ini kerana budu dapat merangsang sel-sel otak dan mengukuhkan ikatan diantara neuron-neuron serta menguatkan neuron yang lemah.
  • Membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.
  • Penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin yang tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut yg lain.
  • Dapat menurunkan kadar kolesterol.
  • Sumber serat yang baik kerana lebih mudah dicernakan.

Sumber : Majalah Pa&Ma. Jun 2004, hal.120

Note: Tak tahu ler betul ker tak artikel ni. Tapi aku rasa ada gak betulnya. Dulu2 arwah moyang aku selalu makan budu ni. Tiap-tiap hari lak tu. Aku tengok tak der pun kena sakit kronik sehingga lah dia meninggal semasa berumur 100 lebih. Tapi nasihat aku lah kan, sesuai dengan keadaan semasa, jangan ler makan budu terlebih lak..kan terkena lak penyakit darah tinggi kerana kadar garam dalam budu tu banyak jugak. Tambahan lagi budu sekarang dah banyak ditambah dengan perisa tambahan, tak berapa original mcm dulu-dulu....ingat yer..makan boleh tapi jangan berlebihan.......

0 comments: