Knock!!! Knock!!!

Meh la masuk...tak der per lah...just main masak-masak, jalan-jalan dengan my family, jumpa kawan-kawan lama, layan karenah anak-anak dan lain-lain ler. Ada banyak resepi tapi simple jer..alah janji leh kenyang...enjoy lah yer....

Thursday, May 21, 2009

Rahsia soya

  • Mungkin ramai yang sudah tahu produk berasaskan kacang soya amat berkhasiat untuk memenuhi kepentingan tubuh badan manusia. Tapi aku masukkan jer lah artikel kat sini yer, sekurang-kurangya boleh menambahkan ilmu di dada...mcm aku ni lah jugak, sentiasa sibuk dengan anak-anak, waktu membaca tuh makin kurang heheheh...

  • Kacang soya ditemui di Manchuria (china) dan jepun. Seabad kemudian org Amerika mula menanam bijirin ini untuk dijadikan makanan ternakan.
  • Menurut pakar pemakanan, kandungan protien kacang soya adalah dua kali ganda protien yg terdapat dalam daging lembu.
  • Kadar lemak kacang soya juga relatif lebih rendah jika dibandingkan dengan bahan makanan yg berasal dari sumber haiwan
  • Kacang soya mengandungi serat, vitamin A dan B kompleks (B1 dan B2) yg diperlukan tubuh manusia sehari-harian.

Soya dan kanak-kanak

  • Bagi anak-anak yang semakin membesar, mengambil pemakanan yg berasaskan soya digalakkan kerana kandungan zatnya cukup tinggi dan sepadan untuk keperluan tubuh kanak-kanak.
  • 2 gelas susu kacang soya sudah memadai untuk memenuhi keperluan 30% protien anak setiap hari. Oleh iti bagi anak yang alergi terhadap laktosa, susu soya adalah alternatif susu lembu yg paling sesuai.

Soya dan kanak-kanak Autisme

  • Kanak-kanak Autisme ialah kanak-kanak yg mempunyai gangguan perkembangan yg menyebabkan anak tidak mahu berkomunikasi dengan org lain
  • Soya menjadi makanan potensi bagi kanak-kanak ini. Ini adalah kerana soya tidak mengandungi asid amino (komponenpembentuk protien), kasein (protien utama susu lembu). Kasein akan menjadi pemancu alergi bagi kanak2 autisme.
  • Kasein yg ada dlm susu lembu agak sukar dicerna sepenuhnya. Selalunya masih ada sedikit serpihan asid amino yg disebut peptida yg tinggal dan boleh memasuki pembuluh darah. Bila ia menembusi saluran darah ia akan mengalir ke saluran otak dan masuk ke otak.
  • Peptida di otak akan berubah menjadi kaseomorpin yg dapat mengacau fungsi sistem saraf. Ini mengakibatkan beberapa fungsi seperti persepsi (penerimaan), kognitif (pembelajaran/pengenalan) dan emosi yg terganggu.
  • tepung kacang soya juga sesuai untuk anak autisme yg alergi terhadap gluten (protien gandum)

Tahukan anda......

JANTUNG SIHAT

  • Kandungan lesitin (asid lemak) dlm kacang soya dapat mencegah penumpuan lemak berlebihan dalam tubuh. Jadi, kolesterol jahat (low desinty lipoprotein-LDL) boleh dibuang dan dikurangkan.
  • Kacang soya dianggap sebagai bahan makan yg menyihatkan jantung kerana ia mencegah terjadinya aterosklerosis (penyumbatan pembuluh darah) serta menurunkan risiko terjadinya penyakit jantung koroner.

MENURUNKAN OSTEOPOROSIS

  • Kandungan isoflavon soya dipercayai dapat menurunkan risiko terjadinya pereputan tulang. Ini adalah kerana ia mengandungi zat yg mirip dengan hormon estrogen
  • Dapat meningkatkan kepadatan tulang dan mengurangkan proses penurunan kalsium pada wanita yg lanjut usia, sehingga risiko osteoporosis dapat dikurangkan.

ANTIOKSIDAN

  • Zat saponin (fitokimia) dan lignin (bahan polimer) dlm kacang soya dipercayai dapat bertindak sebagai antioksidan yg membersihkan radikal bebas sehingga membantu mempertahankan kerosakan kulit.
  • Kandungan serat dalam kacang soya dapat menurunkan risiko barah prostat dan usus besar untuk lelaki.

Sumber: Majalah Pa&Ma sept.2005. hal 79-80

0 comments: