Knock!!! Knock!!!

Meh la masuk...tak der per lah...just main masak-masak, jalan-jalan dengan my family, jumpa kawan-kawan lama, layan karenah anak-anak dan lain-lain ler. Ada banyak resepi tapi simple jer..alah janji leh kenyang...enjoy lah yer....

Monday, June 1, 2009

sup ayam

Masak per yer hari ni..meh la kita layan sup lak hari ni...kalau tak nak makan dengan nasi leh gak makan dengan bihun hehehee......tiru resepi my mom ni...

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam (ayam kecik jer ni)
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 sudu besar serbuk perencah sup (adabi)
  • 1/2 batang karot
  • 2 biji kentang
  • garam secukup rasa
  • 3 biji buah pelaga
  • sekuntum bunga lawang
  • 1 inci kulit kayu manis
  • sedikit daun ketumbar

Hiasan

  • sedikit bawang goreng
  • sedikit daun sup dan daun bawang
  • sedikit cili api
  • sebiji limau nipis

Cara memasak

  • rebus ayam denga sedikit halia
  • bila hampir empuk masukkan karots dan kentang
  • tumbuk jintan manis, bawang merah, bawang putih dan sedikit halia
  • dalam kuali, tumiskan bahan2 tumbuk bersama buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang
  • Masukkan serbuk sup dan garam
  • bila dah garing, patah2kan daun ketumbar dan masukkan sekali.
  • lepas tu tuang bahan tumis tuh dalam rebusan ayam tadi..test ler masin ker tak..angkat
  • masa nak hidang tu taburkan daun sup dan daun bawang, bawang goreng, cili api dan perahkan sedikit limau nipis.
  • kalau nak lagi pedas makan dengan sambal kicap yer

0 comments: