Hari ni berkeinginan lak nak buat kek. Maklum ler sebelum ni dok tgk jer blog org..sampaikan kecur air liur tgk kek2 diaorg. Bagi aku yang tak pandai dlm mengodak kek ni, kek simple jer la mampu ku buat..tu pun nasib baik jadi...kalau tak masuk bakul sampah je la jwbnye heheheh...Ni aku ambik resepi Puan Noraini dalam buku Kompilasi Hidangan Kek...Jom kita share...
Kek Marble Pelangi
bahan-bahan:-
250 gram mentega
220 gram tepung kek (blue key)
1 sudu teh serbuk penaik
200 gram gula kastor
4 biji telur gred A
5 sudu makan fresh milk
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna merah, kuning dan hijau
cara membuat
1. Griskan acuan bulat berukuran 8 inci. Lapiskan dengan kertas minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 180*c
2. Ayak tepung kek dan serbuk penaik
3. Pukul mentega dan gula kastor sampai kembang dan putih dgn kelajuan sederhana
4. Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji demi sebiji hingga sebati
5. Masukkan tepung yg telah diayak sedikit demi sedikit sambil dikacau diikuti fresh milk dan esen vanila. gaulkan hingga rata
6. bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan dengan merah, kuning dan hijau.
7. Ambil satu senduk adunan kuning dan tompokkan ditengah2 acuan.Kemdian diikuti warna merah diatasnya. last sekali warna hijau ditompokkan diatas warna merah. Ulang proses ini sampai adunan habis
8. Goyangkan adunan supaya rata.Bakar selama 1 jam .
NASI DAGING UTARA
-
Assalamualaikum.. Hari ni kita baru sempat nak updet menu istimewa sempena
besday Anakanda Sri & Adam yg dimasak baru-baru ni. Pestaim kita masak Nasi
...
1 month ago
0 comments:
Post a Comment