Ketika ayat ini diturunkan beribu-ribu malaikat mengirinya kerana kebaikan dan kemuliaanya. Antara kelebihan ayat ini ialah :-
1. Sesiapa yang membaca ayat ini dengan khusyuk selepas solat fardhu, setiap pagi dan petang, sewaktu keluar dari rumah, Allah akan peliharadirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yg akan memudaratkan dirinya bahkan anak-anaknya, keluarganya dan harta bendanya.
2. Sesiapa yg mengamalkan membacanya 18 kali sehari Allah akan mebukakan dadanya dengan pelbagai hikmah, murah rezeki, di naikkan darjatnya dan diberikan pengaruh sehingga orang menghormatinya serta memelihara dari bencana.
3. Sesiapa yg membacanya sebanyak 50 kali, ditiupkan pada air hujan lalu meminumnya, Allah akan memberi akal yang cerdas dan memudahkan menerima ilmu pengetahuan.
4. Sabda Rasulullah S.A.W "sesiapa yg pulang ke rumah dan membaca ayat kursi, Allah akan hilangkan kefakiran di depan matanya. Sabdanya lagi " Umatku yang membaca ayat kursi sebanyak 12 kali pada pagi jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat 2 rakaat, Allah pelihara dari kejahatan syaitan dan pembesar sebagaimana Allah memelihara Nabi Muhammad.
5. Pengamal ayat kursi juga, dengan izin Allah, terhindar dari penceroboh dan pencuri. Ayat ini dijadikan benteng yang kuat. Tambahan lagi jin dan syaitan akan terbakar jika dibaca dengan khusyuk.
6. Jika berpindah ke rumah baru, pada malam pertama menduduki rumah tersebut hendaklah dibaca sebanyak 100 kali, I.Allah terhindar dari sebarang gangguan.
7. Sesiapa yg amalkan membacanya ketika hendak tidur, Allah wakilkan dua malaikat untuk menjaganya hingga ke subuh. Allah pelihara ke atas rumahnya, rumah jirannya, dan rumah di persekitarannya.
8. Jika membacanya diakhir solat fardhu, Allah lindunginya sehingga solat yg lain. Bahkan ini tidak menegahnya daripada memasuki syurga kecuali maut. Amalan membaca selepas solat juga Allah anugerahkan ia hati-hati org yang bersyukur perbuatan2 org yang benar serta Allah limpahkan pahala nabi-nabi dan rahmatnya. Amalan membacanya di akhir solat fardhu juga, Allah akan mengendalikan pengambilan rohnyadan ia adalah seperti org yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
9. Sesiapa yg membaca ayat kursi sebelum keluar rumah, Allah mengutuskan 70,000 malaikat baginya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
10. Barangsiapa yang membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah akan memberikan pertolongan kepadanya.
Terdapat pelbagai lagi kelebihan dan kebaikan ayat kursi ini. Apa yang dipaparkan di sini hanyalah sebahagian sahaja. Sekurang-kurangnya apa yang yang saya sisipkan di sini dapat dijadikan pedoman untuk semua.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda :-
"Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat....."
0 comments:
Post a Comment