hari ni tak tahu nak masak aper dah.Lagipun penyakit M ni semakin menular lak.Memandangkan dah ada anak-anak ni terpaksalah masak jugak...hehheheheh..sebenarnyer ni menu zaman anak dara lagi...cilok my mom punyer resepi ni...budak-budak suka lah sebab tak pedas dan nak membuatnyer senang jer....
AYAM MASAK SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN
4 ketul ayam (perapkan dengan garam n kunyit)
2 ulas bawang putih
2 cm halia
3 sudu besar sos tiram
sedikit gula
minyak masak
1 labu bawang besar
2 tangkai daun sup n daun bawang
cili merah
CARA MEMASAK:
-Goreng ayam yg telah diperap tadi sampai kekuningan..jangan garing sangat tau
pastu ketepikan.
-tumiskan bawang putih dan halia sampai naik bau..dah nampak kekuningan masukkan sos tiram n biarkan sampai naik bau.masukkan sedikit air(agak2 je lah yer..kalau nak kuah banyak letak banyak..tapi takder lah sampai satu kuali)
-Dah agak menggelegak tu masukkan ayam tadi...biarkan ayam tu mesra dengan kuah..masukkan gula..(tak payah letak garam coz sos tiram dah masin)
-pastu masukkan bawang besar dan cili merah
-bila nak hidang taburkan daun sup dan daun bawang yg dihiris panjang-panjang
-tadaaaaaaa siap untuk dimakan....
0 comments:
Post a Comment