Knock!!! Knock!!!
Meh la masuk...tak der per lah...just main masak-masak, jalan-jalan dengan my family, jumpa kawan-kawan lama, layan karenah anak-anak dan lain-lain ler. Ada banyak resepi tapi simple jer..alah janji leh kenyang...enjoy lah yer....
Jom celebrate...ni masa celebrate besday aku kat Bombay Palace..Satu kejutan from my family...tetiba jer ayah call bagi tahu dah ada kat KL..wah terharu sangat...dah lah pagi tadi terkejut nampak roses and kad from hubby ....ngeh..ngeh..romantik ler roses tuh..ada makna yer...pastu dtg lak van hantar kek n gift..hehehehe. ptg lak hubby balik opis bawak lagi sebijik kek..cuba bagi tau sikit sapa nak makan dua biji kek tuh....last2 mlm tuh bawak dua2 biji kek pergi dinner dgn ayah.....paper pun thanks for all of u...for the hadiah...sayang u all...especially my romantic hubby..heheheh bodek ni....
Menurut pakar pemakanan New Zealand Milk Hasreena Hashim, bayi seawal usia lapan bulan sudah boleh diperkenalkan dengan keju. Ibu boleh memasukkan keju secara perlahan-lahan dalam makanan tambahan bayi seperti kentang putar, sup atau makan bersama roti.
Sumber nutrien yang terkandung dalam keju termasuk protein, kalsium, vitamin A, vitamib B2 dan B12 serta lemak. Kesemua nutrien tersebut amat diperlukan oleh kanak-kanak dalam proses tumbesaran mereka.
Keju juga sebagai satu sumber makan yang tinggi kalsium menyediakan keperluan yang cukup untuk pertumbuhan tulang dan gigi kanak-kanak agar sihat dan kuat. Ia juga membantu menyimpan selapis lemak pada gigi di mana ia melindungi gigi daripada asid yang dihasilkan oleh plak gigi.
keju membekalkan protein untuk memenuhi keperluan tumbesaran dan pertumbuhan tisu-tisu serta otot-otot di dalam tubuh badan kanak-kanak.
Keju adalah pemberi tenaga. Lemak yg terdapat dalam keju diperlukan untuk membekalkan tenaga kepada kanak-kanak kerana diperingkat usia setahun ke atas, mereka memerlukan banyak tenaga untuk aktiviti seperti bermain, belajar, berlari dan sebagainya.
Keju boleh disajikan sbg snek menggantikan makanan ringan yg tidak berkhasiat. Ia boleh dimakan bersama roti atau biskut ketika sarapan, minum petang, pencuci mulut atau bila-bila masa sahaja.
Banyak makan keju, apa kesannya???
Keju terkenal sebagai salah satu sumber makanan paling kaya kalsium namun ia juga banyak mengandungi lemak. Jika dimakan berlebihan boleh meberi kesan buruk terutamanya kepada kanak-kanak.
Namun keju adalah sebahagian daripada pemakanan seimbang. Ia disarankan diambil dua hingga tiga keping sahaja sehari, bagi kanak-kanak yang berat badannya normal.
Jika kanak-kanak itu obesiti atau terlalu gemuk, ibu bapa perlu memilih keju rendah lemak untuk hidangan mereka.
bagi kanak-kanak yang tidak minum susu, keju merupakan alternatif terbaik untuk mendapatkan sumber kalsium. Pilihan keju yang tinggi kalsium untuk memenuhi keperluan kalsium kanak-kanak tersebut.
Makan keju tidak akan menggemukkan jika diimbangi dengan amalan pemakanan yg seimbang, aktiviti menyihatkan dan mengeluarkan banyak peluh seperti bermain, berlari dan sebagainya.
Perlu diingatkan kita tidak boleh menyekat semua makanan yang berlemak untuk kanak-kanak kerana mereka memerlukan lemak untuk membekalkan tenaga bagi membentu perkembangan otak dan tumbesaran fizikal anak-anak.

Fakta penting tentang keju
Turut dikenali sebagai protein tinggi kualiti. Mengandungi asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh manusia.
Ia mudah dihadam, jumlah asid amino yg diperlukan sampai ke dalam sel badan untuk membina protein.
Bila protein diambil, keju membantu membina dan memperbaiki tisu badan, membentuk ketahanan badan, hormon, enzim dan menyediakan tenaga.
Sumber terbaik bagi asid lemak linoleik dan linolenik.

Kari..kari....sajer nak menghabiskan stok udang n kacang buncis kat fridge...masak last week ni tapi baru hari ni sempat publish....tiru resepi mak mertua ni..tapi dia masak lagi kaw kot maklum ler org lama....aku ni baru jer nak belajar masuk dapur hehehe...betul tak yang????tapi leh ler makan..layannnnnnnnnnnnn

Ni kenduri kawin Ija kat Muar..sahabat lama aku tuh...bangga betul walaupun tak pernah jejak kaki kat rumah dia tapi akhirnya sampai gak...tabik spring kat hubby aku...mulanya tak leh nak pergi coz kena pergi sekolah Daniel...tapi last minute laki aku kata jom ler kita pergi muar...hahhaha per lagi..aku on jer....lagi pun lama tak jumpa ija ni....

direnjis-renjis dipilis......

ija tengah kontrol senyum......


aku tengah interprem ni.....saje nak wat kenangan.....
Ni gambar kawin aku masa kat Penang...


baju amik kat alor setar..kali ke 3 tukar design heheeh

Happy 6th Anniversary syg...hehehe buat2 romantik ler konon ....dah 6 tahun kita kawin kan..alhamdulillah! semoga Allah panjangkan jodoh kita..amin...dah belek2 album lama ni teringin lak nak upload gambar ni..kepada kwn2 yg dah 6 tahun dok mintak gambar kawin kami..ni lah dia...sorry ler coz terpaksa tunggu selama 6 tahun kan...heheheeh walaupun dah basi!tapi bagi kami tak der istilah basi mcm baru jer kawin..walaupun anak dah dua...:)

Baju sanding ni....


baju ni tak der dlm list...baju ganti..hampeh betul butik tuh...


jom makan kek....
Jom kita layan nasi impit kuah kacang lak..nak memenuhi keinginan my hubby la ni..ntah per ler tetiba ngidam nak makan nasi impit...maklum ler raya lambat lagi....nak masak semalam tapi dah malam...malas lak nak masak...pas bfast pagi ni jer baru sempat nak menggodak...ni ler resepi style aku.....

Nasi impit segera, ada berlambak kat kedai..balik rebus jer...

Kuah kacang resepi n style tersendiri............

Resepi kuah kacang
- 500 gram kacang tanah (goreng dulu ler)
- 1 camca teh jintan manis
- 5 tangkai cili kering (cari yg pedas sikit)
- 4 ulas bawang merah
- 1/2 cawan gula merah
- garam secukup rasa
- sedikit air asam jawa
- 2 batang serai (diketuk)
Cara membuatnya:-
- kisar kacang tanah..tapi jangan terlampau halus yer
- tumbuk jintan manis
- blendkan cili kering, bawang merah, jintan manis
- tumis bahan2 yg telah diblend sampai pecah minyak
- masukkan kacang tanah
- pastu masukkan air asam jawa dan serai
- perasakan dengan garam dan gula merah
- dah agak2 pekat tu tutup jer la api tuh...........