fancy cookies.. gets ready to party....
Knock!!! Knock!!!
Friday, November 20, 2009
fancy cookies for daniel's party day
fancy cookies.. gets ready to party....
Posted by Mira at 1:13 AM 0 comments
Labels: cookies
Wednesday, November 18, 2009
kuih bakar (bingka kot)
Kuih bakar ni buat kerana memenuhi permintaan hubby ni...tetiba nak makan kuih ni...ngidam ker ni???? resepi ambik dari blog cikgu Noraini...wa punyer sifu....
- 3 1/2 cawan santan
- 5-6 biji telur
- 2 cawan gula (guna 1 1/2 jer)
- 1/2 cawan air pandan (10 helai daun pandan)
- 2 cawan tepung gandum
- sedikit bijan-goreng tanpa minyak
cara membuat
- Masukkan semua bahan kecuali bijan ke dalam blender..blend sampai hancur.
- tapiskan.
- lengser acuan dengan sedit buter
- bakar selama 45 minit-1 jam dengan suhu 180 darjah.
- tabur bijan bila 1/2 waktu membakar
tips: bakar kuih dengan api bawah dahulu pada setengah jam yg pertama kemudian bakar pada api atas...selamat membakar
Posted by Mira at 1:11 AM 0 comments
Labels: kuih muih
carrots cake
Bahan A
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking soda
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
Bahan B
4 biji telur
1 1/4 cawan minyak jagung
2 cawan gula kastor (saya letak 1 cawan brown sugar n 1/2 cawan gula kastor)
1 sudu teh esen vanila
Bahan c
3 cawan parutan carots
1 1/2 cawan walnut (cincang)-saya guna 1 cawan je
1 cawan kismis
Cara membuat
- satukan semua bahan kering (A) dan ayakkan.
- Pukul telur, minyak jagung, gula kastor, brown sugar dan esen vanila selama 3 minit sehingga warnanya sedikit pucat
- Masukkan kesemua bahan A
- Masukkan bahan C
- Gaul sebati dengan senduk kayu
- Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit dan tambah lagi 30 minit jika perlu, bergantung pada oven masing-masing
- Bila masak keluarkan kek dari loyang dan sejukkan dia atas redai kek sblm di sapu dengan frosting.
Frosting
- 125 gram cream cheese
- 60 gram butter
- 60 gram gula
- i sudu kecil lemon jus (optional)
cara
- pukul semua bahan dengan kelajuan yg tinggi hingga gebu
- hias mengikut citarasa sendiri
satu lagi contoh frosting:-
- 120 gram gula kastor (50 gram jer)
- 250 gram cream cheese
- 120 gram ising sugar
- 1 sudu kecil jus lemon (optional)
Pukul semua bahan sampai gebu
Posted by Mira at 12:32 AM 0 comments
Labels: Kek
Tuesday, November 3, 2009
Birthday Aiman 23 oktober 2009
Dah besar anak mama ni...thn depan leh pergi sekolah lak...celebrate dengan family jer lah yer Aiman..next time kalau ader masa dan dimurahkan rezeki kita wat parti...
kek tu besar sampaikan tuan dia pun tak nampak
biar abang tolong yer dik...abg dah tak sabar nak makan ni...
Posted by Mira at 2:50 AM 1 comments
Labels: Anak-anak
agar-agar santan
Posted by Mira at 2:48 AM 0 comments
Labels: Dessert
nasi minyak dan dalca campur
Masak nasi minyak sempena meraikan birthday Aiman yg ke-3..dalca tuh masak ikut suka hati aku jer..main taruk jer aper yg ader kat fridge...resepi nasi minyak dah n3 sebelum ni...resepi dari blog kat ummi kuantan...layan
Posted by Mira at 2:42 AM 0 comments
Labels: Nasi
ayam masak tomato
Resepi ni aku cilok dari my mom...selalu org buat ayam masak merah untuk dimakan dengan nasi minyak...tapi sekali sekala per salahnyer masak ayam tomato lak..anak2 paling suka coz tak pedas...nak masak pun senang sesangat...
Posted by Mira at 2:38 AM 0 comments
Labels: Ayam