Knock!!! Knock!!!

Meh la masuk...tak der per lah...just main masak-masak, jalan-jalan dengan my family, jumpa kawan-kawan lama, layan karenah anak-anak dan lain-lain ler. Ada banyak resepi tapi simple jer..alah janji leh kenyang...enjoy lah yer....

Sunday, May 10, 2009

Bunga baru

Semalam balik jer dari Balakong sempat lagi singgah kat Ukay Nursery. Cadangnya nak cari roses untuk menambahkan lagi koleksi yg ada. Tapi ni terpandang lak dua spiesies yg cantik ni. Cantik sungguh tapi harga mahal sangat lah. Tak mampu nak membelinya...putih mata jer lah jawabnya. Kalau aku beli kan tetiba lak mati mahu nagis tak berlagu ni coz harga nya dah mencecah seratus lebih...aku tahu my hubby suka sangat pokok bunga ni..tak per nanti kita pergi cari kat lain yer bang...yg murah sikit heheheh

Bunga yg tak tahu nama aper...


Sweet Alamanda..ni jenis yang memanjat punya..tuan nursery tu kata bunga baru sbb kelopak dia kuar mcm roses. Aku dah ada warna pink dan putih. Tapi yang warna pink tak berbunga lagi dan kelopak dia lak tak sama....tak per lah nanti kena cari lagi ni....

Sahabat lama

Comel baby ni....bukan anak aku daa..tapi anak member yang dah lama tak jumpa..semalam aku telah mencipta sejarah baru, kerana berjaya sampai ke rumah Noqja ni..Dah lama dok fikir nak pergi melawat tapi ada jer halanganya. Rasa terharu gak kerana dah 10 tahun kami tak berjumpa langsung walaupun dalam selangor ni gak. Biasa lah kan semua dah berumahtangga ni..banyak komitmen kan...Terasa bagai mimpi lak.. Baby comel yang aku lupa nama

Dua sahabat lama..walaupun dah beranak pinak...maintain ayu tuh hehehehhehe...kepada kawan-kawan yg tgk gambar kami ni jangan makan hati lak yer....

Saturday, May 9, 2009

Nasi Beriani dan rakan-rakan

Hari ini dalam sejarah.. 1st time masak nasa beriani tempahan orang. Sebenarnya aku takut nak ambik tempahan opismate hubby aku ni..maklumlah selama ni masak setakat untuk perut sendiri jer...tapi tak per lah wat pahala sekali sekala...kepada org yg menempah tu terima kasih ler...jangan lah serik lak yer hehhehe


Daging masak hitam (mamak style)
Dalca ayam cincang
Nasi beriani

Friday, May 8, 2009

Jalan-jalan Cari Makan

Ni aktiviti kami semasa balik bercuti kat Penang last week. Kata orang mee udang kat sini sedap sangat..memang pun...berbaloi kami cross jambatan Penang semata-mata nak makan kat sini. Tengok tu rancangan JJCM TV3 pun datang sini tau....


Nak cari restoran ni tak der lah susah sangat. Tapi bagi sesapa yg 1st time datang Penang memang ler tak tahu kat mana sg Dua ni kot. Aku pun sama tak tahu kerana aku ni bukan ler orang Penang heheheheeh


Tgk ni kelazatan mee udang..udang dia besar-besar n fresh lagi tuh..maybe dia tangkap kat belakang sungai restoran tu hehhehehe...



Mee goreng dia pun sodap. Ni request by Daniel..tak pedas pun..habis sepinggan...cayalahhhhhh..

Thursday, May 7, 2009

Kari ikan sardin






Dah lama tak masak kari ikan. Kebetulan stok ikan lak habis..sardin pun sardin lah..asalkan jadi kari lah yer...meh kita layan resepi asal mak mertua aku kat penang ni...heheh

bahan-bahan

1 tin sedang sardin cap ayam

3 ulas bawang merah

1 ulas bawang putih

1 sudu kecil halba campur

2 sudu besar rempah kari ikan

1 tangkai daun kari

2 biji ubi kentang

500 ml santan cair

1 sudu kecil cili kering kisar

1/2 labu bawang besar

1 biji cili hijau

1/2 biji tomato

sedikit air asam jawa

garam dan gula secukup rasa

Sedikit minyak untuk menumis

cara memasak:-

-bawang merah, bawang putih dimayang.

-Untuk lebih cepat rebus dahulu kentang sehingga empuk dan ketepikan

- Panaskan minyak tumiskan bawang sampai kuning, masukkan halba campur dan sedikit cili kisar. Tumiskan sampai wangi.

-Masukkan rempah kari, bawang besar, daun kari, garam, gula dan air asam jawa

-Bila rempah dah keluar minyak, masukkan santan sambil dikacau sampai menggelegak

-Pastu masukkan ikan sardin tadi, kentang yang telah direbus tadi, cili hijau dan buah tomato.

-Masak sekejap dan rasa masin dan manisnya. Angkat


Baby Bread Puding


Resepi ni aku ambil sewaktu menjengah blog kak ummi Kuantan...heheh..resepi asal kat my resepi oleh Kak Fida. Senang sungguh nak membuatnya.Bahan-bahan lak tak der la banyak mana...tapi bila makan ummmmmmmmmm sodap tuh...tapi kan bebi bread ni aku dah ubah sikit..ikut aper yg ada kat peti ais aku ler....sorry ler kat tuan punya resepi ek...

Bahan-bahan
2 keping roti (aku bantai letak 4 keping)
100 ml susu cair (aku letak 200ml susu segar heheh)
3 sudu besar gula kastor
2 sudu besar tepung jagung
2 titik esen vanilla
2 biji telur
sedikit buahan campur/kismis/dates(ikut suka ler nak letak per)
sedikit marjerin
mangkuk muffin

Cara Memasak
-Potong roti empat segi kecil-kecil
-Campurkan gula, tepung jagung, susu, telur, esen vanila dan pukul sampai sebati
-masukkan roti dalam mangkuk muffin yg telah dilengser dengan marjerin
-tabur kismis diatasnya
-tuangkan adunan susu ke dalam mangkuk muffin tadi..bakar sehingga masak keperangan
-Bila sejuk boleh dimakan dengan sos kastard
bahan-bahan sos kastard
1/2 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
sedikit gula (ikut suka)
cara menyedia sos kastad
-Campurkan semua bahan dalam periuk
-kacau sampai kuah tadi pekat
-Angkat n makan ler dengan baby bread tadi

Nasi goreng suka-suka

Alahai nasi semalam banyak lak..tak per leh wat nasi goreng ni. Tapi nak wat nasi goreng aper la yer..ni yg lemah ni anak2 suka nasi goreng letak kicap...yg bapak dia lak suka nasi goreng kuning..pape pun wat lu..dah masak nanti layan gak....

Bahan-bahan

2 Mangkuk nasi (semalam punya nasi tau..tapi jgn lah yg dah basi)

sebiji telur

sedikit kacang panjang

sedikit ikan bilis

1 sudu cili kering kisar

2 ulas bawang merah

seulas bawang putih

cili api (optional)

garam secukup rasa

sedikit serbuk kunyit

cara memasak

-goreng telur dan ketepikan

-tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan cili api

-tumiskan bahan-bahan tumbuk dan masukkan cili kering kisar. Tumis sampai wangi. Masukkan garam

-masukkan nasi. Gaul sehingga sebati. Masukkan kacang panjang dan telur yang telah digoreng tadi

-Masukkan serbuk kunyit (agak2 kuning jer)

-pastu leh la makan..