Knock!!! Knock!!!

Meh la masuk...tak der per lah...just main masak-masak, jalan-jalan dengan my family, jumpa kawan-kawan lama, layan karenah anak-anak dan lain-lain ler. Ada banyak resepi tapi simple jer..alah janji leh kenyang...enjoy lah yer....

Monday, April 27, 2009

Kenali asma (lelah) dan rawatannya....

Asma merupakan penyakit paru-paru yang kerap dikalangan kanak-kanak. Di dalam paru-paru terdapat salur paru-paru (alveolar) yg membawa udara yg kita sedut ke hujung paru-paru. Di sini udara yg beroksigen akan menyerap ke dalam salur darah dan menyebabkan kandungan oksigen dlm darah adalah tinggi. Apa yg dimaksudkan dengan lelah ialah salur paru-paru kecil (bronchiol) menjadi radang sekaligus menyebabkan salur paru-paru itu sempit.

Tanda-tanda lelah

1. Batuk

Mengalami batuk berterusan terutama lebih kerap pada waktu malam dan awal pagi.Biasanya batuk itu adalah basah ( wet cough) iaitu berkahak

Batuk berterusan yg bermula dari batuk selsema biasa. Biasanya batuk selsema akan hilang antara empat hingga enam hari tetapi pengidap asma akan batuk berterusan dalam tempoh yg lama.

Batuk selepas bermain atau menjalankan aktiviti.

batuk apabila suhu persekitaran sejuk seperti dalam bilik berhawa dingin, minum ais atau makan ais krim. Batuk ini juga berlaku selepas makan buah2an seperti oren.

2. Semput

Jika kanak2 mempunyai simptom2 seperti ruam, resdung atau selsema awal pagi, lebih cenderung mempunyai asma. Bagi pengidap asma, paru2 mereka senang dijangkiti kuman.

Faktor2 penyebab asma

1. Binatang peliharaan seperti anjing dan kucing

2. Habuk atau hama (house dust mites)

3. Asap rokok

4. Tekanan

5. Jangkitan seperti virus dan selsema

6. Genetik

7. Debunga (negara 4 musim)

8 Buah-buahan sitrus



Kaedah rawatan


Tiada rawatan yg boleh menyembuhkan lelah. Ubat-ubatan yang diberikan hanyalah untuk mengawal simptom iu. Kebanyakkan kanak-kanak yang mengidap asma akan pulih dengan sendiri apabila mereka besar atau mencapai peringkat remaja.

Terdapat dua kategori ubat ketika memberi rawatan kepada kanak-kanak mengidap asma:-

1. Ubat-ubatan yang mencegah kanak-kanak daripada lelah

2. ubat2an yg mengurangkan simptom lelah ketika kanak2 mengalami lelah

Apabila kanak-kanak mendapat simptom lelah, kanak2 itu perlu makan ubat yg boleh mencegah simptom itu berulang. Ubat ini perlu dimakan setiap hari. Oleh itu ibu bapa merasa takut kanak-kanak itu terpaksa bergantung kepada ubat.

Anggapan itu tidak benar kerana pada mulanya ubat itu diberi pada setiap hari. Apabila lelah itu beransur baik, ubat-ubatan ini akan dikurangkan secara perlahan sehingga diberhentikan.


Perkara yg perlu dilakukan semasa diserang asma:-

-Ambil ubat sedutan (inhaler). Tunggu 15-20 minit, jika tak berkesan ulang lg. Ubat yg dimakan memerlukan masa 30 minit untuk menunjukkan kesannya.

-Terdapat ubat yg digunakan ada kesan lain seperti mengantuk, loya, muntah, darah gemuruh,sukar hendak tidur dan letih.

-Sebaik2nya ambil ubat terakhir sebelum masuk tidur kerana asma kerap terjadi pada waktu malam.

- selepas mengambil inhaler, anda perlu berkumur untuk mengelakkan mulut dan tekak menjadi kering.


Sumber : Majalah Jelita Julai 1997
Berita Harian

Friday, April 24, 2009

Rahsia Anggur

Anggur kaya dengan zat galian dan asid organik yg memberi kesan imbangan kepada badan. Ia turut membekalkan vitamin yg penting kepada prestasi saraf dan otot. Bahkan ia mengandungi serat untuk membantu sistem penghadaman.

Manakala kandungan polifenol dlm anggur membantu melindungi sistem kardiovaskular.

Sehingga kini anggur dijadikan bahan penting dalam penjagaan badan dan kecantikan. Malahan ian diiktiraf sebagai salah satu terapi semulajadi yang paling berkesan. Ini termasuklah diet buah anggur selama beberapa hari untuk membersih dan memulihkan tenaga badan yang pudar akibat cara hidup yg buruk dan pemakanan yang tidak teratur.


Sumber : Utusan Malaysia On line
Oktober 2006

Thursday, April 23, 2009

Ayam paprik

Hari ni tak tahu nak masak per dah. Masak simple pun jadi lah untuk alas perut. Korek2 dlm peti ais adalah bahan yg boleh aku wat paprik ni. Jom kita tgk resepi ni..masak style aku sendiri hehheeh...

bahan-bahan

300 gram isi ayam (leh tambah sotong, udang atau daging)
sayur seperti karot, bunga kubis, kacang panjang..ikut suka hati
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih (ketuk)
1 batang serai (ketuk)
3 biji cili api (ketuk)
1/2 cawan air
2 helai daun limau purut
jus limau kasturi
minyak masak


bahan untuk sos

2 s/b kicap pekat
3 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
3 s/b sos tiram


cara memasak

- panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan serai sampai wangi

- Masukkan ayam yg telah dipotong kecil ataupun lain2 mengikut citarasa

- Masukkan karot serta semua sos dan air. Biarkan mendidih seketika

-Bila ayam dah empuk masukkan semua sayur2an kesukaan

-Masukkan daun limau purut, cili api dan jus limau kasturi.

-Pastu angkat dan yummmyyyyyy...


note; tak perlu letak garam sebab sos tiram sudah masin

Kerana sebiji epal.....

Epal bukan hanya sekadar buah yang cantik dan mudah diperolehi. Rasanya yang masam-masam manis mempunyai khasiat dan zat yang tersendiri. Ia dikatakan boleh menghilangkan rasa mual selepas makan makanan berlemak.

Epal tidak mengandungi lemak, kolestrol malahan sodium. Sebiji epal menyumbangkan sepertiga keperluan vitamin c untuk sehari.Epal merah mengandungi karotin yg membekalkan vitamin A. Amalan mengunyah epal adalah cara terbaik untuk membersihkan dan menyihatkan gigi. Walaupun epal mengandungi gula buah asli, namun banyaknya pengeluaran air liur menolong mengelakkan kerosakkan gigi.

Sebiji epal seberat 200 gram, mengandungi 4 gram serat, iaitu sama dengan serat yg terkandung dalam 3 keping roti bijirin campuran ataupun 1/4 cawan oat yg telah dimasak. Kandungan serat yg tinggi membuatkan kita kenyang. Secara tak langsung boleh kurangkan berat badan. Tambahan kalorinya rendah iaitu hanya 40 kalori saja.

Pemakanan serat yg tinggi menghindari dari beberapa jenis penyakit seperti jantung, barah usus dan kegemukkan. Penyakit ini dapat dihindari kerana kandungan serat seperti pektin dan serat2 yang lain boleh larut dan dihancurkan oleh bakteria di dalam usus. Sebahagian asid organik dibebaskan dalam proses tersebut.

Salah satu asid organik itu ialah asid Butirik yg menyediakan sumber makanan semulajadi kepada sel usu yg sihat. Asid Butirik juga dapat melemahkan enzim yg diperlukan oleh sel barah usus untuk merebak.

*jom kita makan epal, semoga terhindar dari sebarang penyakit..."



Rahsia dan kebaikan Ayat Kursi


Ketika ayat ini diturunkan beribu-ribu malaikat mengirinya kerana kebaikan dan kemuliaanya. Antara kelebihan ayat ini ialah :-

1. Sesiapa yang membaca ayat ini dengan khusyuk selepas solat fardhu, setiap pagi dan petang, sewaktu keluar dari rumah, Allah akan peliharadirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yg akan memudaratkan dirinya bahkan anak-anaknya, keluarganya dan harta bendanya.

2. Sesiapa yg mengamalkan membacanya 18 kali sehari Allah akan mebukakan dadanya dengan pelbagai hikmah, murah rezeki, di naikkan darjatnya dan diberikan pengaruh sehingga orang menghormatinya serta memelihara dari bencana.

3. Sesiapa yg membacanya sebanyak 50 kali, ditiupkan pada air hujan lalu meminumnya, Allah akan memberi akal yang cerdas dan memudahkan menerima ilmu pengetahuan.

4. Sabda Rasulullah S.A.W "sesiapa yg pulang ke rumah dan membaca ayat kursi, Allah akan hilangkan kefakiran di depan matanya. Sabdanya lagi " Umatku yang membaca ayat kursi sebanyak 12 kali pada pagi jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat 2 rakaat, Allah pelihara dari kejahatan syaitan dan pembesar sebagaimana Allah memelihara Nabi Muhammad.

5. Pengamal ayat kursi juga, dengan izin Allah, terhindar dari penceroboh dan pencuri. Ayat ini dijadikan benteng yang kuat. Tambahan lagi jin dan syaitan akan terbakar jika dibaca dengan khusyuk.

6. Jika berpindah ke rumah baru, pada malam pertama menduduki rumah tersebut hendaklah dibaca sebanyak 100 kali, I.Allah terhindar dari sebarang gangguan.

7. Sesiapa yg amalkan membacanya ketika hendak tidur, Allah wakilkan dua malaikat untuk menjaganya hingga ke subuh. Allah pelihara ke atas rumahnya, rumah jirannya, dan rumah di persekitarannya.

8. Jika membacanya diakhir solat fardhu, Allah lindunginya sehingga solat yg lain. Bahkan ini tidak menegahnya daripada memasuki syurga kecuali maut. Amalan membaca selepas solat juga Allah anugerahkan ia hati-hati org yang bersyukur perbuatan2 org yang benar serta Allah limpahkan pahala nabi-nabi dan rahmatnya. Amalan membacanya di akhir solat fardhu juga, Allah akan mengendalikan pengambilan rohnyadan ia adalah seperti org yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

9. Sesiapa yg membaca ayat kursi sebelum keluar rumah, Allah mengutuskan 70,000 malaikat baginya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

10. Barangsiapa yang membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah akan memberikan pertolongan kepadanya.

Terdapat pelbagai lagi kelebihan dan kebaikan ayat kursi ini. Apa yang dipaparkan di sini hanyalah sebahagian sahaja. Sekurang-kurangnya apa yang yang saya sisipkan di sini dapat dijadikan pedoman untuk semua.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda :-

"Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat....."

Rahsia Surah Al- Kautsar


Surah ini paling pendek dalam Al-Quran, hanya mengandungi 3 ayat sahaja dan diturunkan di Kota Mekah. Ia membawa maksud sungai di Syurga.
Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai penghibur hati Rasulullah S.A.W kerana ia diturunkan ketika baginda dalam kesedihan atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anakandanya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini. Antaranya ialah :-
1. Baca ketika hujan dan berdoa, moga2 Allah kabulkan doa kita.
2. Jika dalam kehausan dan tiada air, baca surah ini dan gosok dileher, I.Allah hilang dahaga
3. Jika sakit mata seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang telah dibacakan surah
inisebanyak 10 kali pada mata.
4. Jika rumah terkena sihir, baca surah ini 10 kali, mudah-mudahan Allah bagi ilham pada kita di
mana sihir itu diletakkan.
5. Jika membacanya sebanyak 1000 kali rezekinya akan bertambah.
6. Jika rajin membacanya hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7. Jika teraniaya dan terpenjara, baca 71 kali, Allah akan memberikan bantuan kepadanya
kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi..

Madu Lebah


Rahsia Alam : Madu Lebah
Madu lebah merupakan satu sumber alam yang amat berkhasiat dan ianya sudah dikenali semenjak zaman firaun lagi, sebagai penjagaan kesihatan. Allah telah berfirman dalam Al-Quran surah An-Nahl ayat 68-69 yang bermaksud :-
"...dan tuhanMu telah mewahyukan kepada lebah supaya membuat sarang di gunung ganang, di pokok-pokok kayu dan bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah segala bunga-bungaan dan buah-buahan yang kau suka serta turuti segala peraturan TuhanMu. Dengan itu keluar minuman (madu) berlainan warna dari badannya yang mengandungi penawar untuk manusia daripada pelbagai jenis penyakit...."
Madu lebah mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral dan ada antaranya masih lagi belum dikenal pasti. Antara vitamin yg terdapat dalam madu lebah ialah Vitamin A,B,C,D dan K.
Berikut ialah khasiat madu lebah asli..
1. Meningkatkan keupayaan tenaga fizikal
2. Cerahkan mata, kuat dan putihkan gigi.
3. Cergaskan otak
4. Awet muda
5. Mempercepatkan penyembuhan luka, lawan jangkitan dan tingkatkan daya ketahanan.
6. Sarang dan madu lebah sebagai bahan asas dlm membuat losyen, lipstik dan krim kulit
7. Hilangkan kepanasan badan, batuk, selsemastabilkan sistem pernafasan, kuatkan jantung,
elakkan kencing manis dan darah tinggi.
8. Merawat penyakit dalam perut, sebagai bahan penyingkiran toksin dan membakar lemak dlm
badan.
9. Merawat luka terbakar dan menghilangkan parut
10. Membekalkan sumber tenaga yang tinggi dan mencegah keletihan.
Dengan adanya artikel ini, semoga khasiat madu lebah ini dapat dikongsi bersama.Hati-hati dengan madu lebah yang banyak terdapat dipasaran, mungkin ada yang tak asli. Menurut dari hasil pembacaan saya madu lebah tualang adalah madu lebah terbaik di duni dan telah diakui oleh para penyelidik. Ia dihasilkan oleh lebah liar dan mengandungi debunga dan enzim semulajadi dan tiada gula tambahan berbanding kualiti madu lebah ternak.
Ciri-ciri madu lebah tualang:-
1. Warna gelap kehitaman kerana kandungan mineralnya seperti kuprum, zat besi dan magnesiumnya yang tinggi. Sekiranya disimpan lebih lama warnanya semakin gelap lagi.
2. Madu yg masih baru mempunyai buih2 halus dipermukaan dan setelah beberapa lama buih ini mula menyurut dan meninggalkan kesan buih dipermukaan.
3. Bau haruman madu agak kuat dan agak masam sedikit kerana disebabkan oleh pati debunga hutan.
4. Rasanya sedap dan agak kelat dan sedikit perit dan menyengat bila ditelan.
Itu lah serba sedikit yer mengenai madu lebah ni. Artikel ini saya perolehi dari pelbagai sumber dan bahan bacaan...

Wednesday, April 22, 2009

Kek Marble Pelangi

Hari ni berkeinginan lak nak buat kek. Maklum ler sebelum ni dok tgk jer blog org..sampaikan kecur air liur tgk kek2 diaorg. Bagi aku yang tak pandai dlm mengodak kek ni, kek simple jer la mampu ku buat..tu pun nasib baik jadi...kalau tak masuk bakul sampah je la jwbnye heheheh...Ni aku ambik resepi Puan Noraini dalam buku Kompilasi Hidangan Kek...Jom kita share...






Kek Marble Pelangi

bahan-bahan:-

250 gram mentega
220 gram tepung kek (blue key)
1 sudu teh serbuk penaik
200 gram gula kastor
4 biji telur gred A
5 sudu makan fresh milk
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna merah, kuning dan hijau

cara membuat

1. Griskan acuan bulat berukuran 8 inci. Lapiskan dengan kertas minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 180*c

2. Ayak tepung kek dan serbuk penaik

3. Pukul mentega dan gula kastor sampai kembang dan putih dgn kelajuan sederhana

4. Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji demi sebiji hingga sebati

5. Masukkan tepung yg telah diayak sedikit demi sedikit sambil dikacau diikuti fresh milk dan esen vanila. gaulkan hingga rata

6. bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan dengan merah, kuning dan hijau.

7. Ambil satu senduk adunan kuning dan tompokkan ditengah2 acuan.Kemdian diikuti warna merah diatasnya. last sekali warna hijau ditompokkan diatas warna merah. Ulang proses ini sampai adunan habis

8. Goyangkan adunan supaya rata.Bakar selama 1 jam .

Mee sanggul goreng

Fikir punya fikir nak masak per la untuk breakfast ni. Selalunya kalau aku masak, my hubby akan bawa bekal ke office. Belek punya belek hanya ada mee sanggul jer dlm stok...layan jer lah asalkan boleh alas perut...









Bahan-bahan


Sebungkus mee sanggul (aku guna cintan)
3 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kering (yg telah dikisar halus)
udang basah sesuka hati
fishball dan fishcake
daun sawi
daun kubis
buah tomato
sos cili
kicap
garam
serbuk lada hitam
telur

caranya...


1. Rendam mee dalam air panas..sekejap jer coz kalau lama mee jadi terlalu lembik

2. ketuk bawang putih dan tumiskan sampai naik bau.pastu masukkan cili kisar. biar sampai agak2 garing, masukkan sos2,

3. pastu masukkan udang basah,fishball n fishcake..biarkan sekejap

4. masukkan mee. ratakan dengan kicap, serbuk lada hitam. pastu masukkan semua sayur2an

5. bila sayur dah separuh layu, buat lubang tengah2 mee tadi dan pecahkan sebiji telur. Biarkan sekelap baru kaup balikkan mee tadi....

6. bila nak makan tabur bawang grg, daun sup n daun bawang.....

Tuesday, April 21, 2009

C.E.C Annual Concert










Gambar Daniel semasa buat konsert kat sekolah seri suria, Ulu Langat. Budak-budak kelas Daisy ni kena menari mcm keretapi... Tajuk dia 'The Oriental Express"..pulak tuh ada pasangan menari ler...itu lah Melanie, budak chinese yang selalu disebut2nya kat kitaorg. Aku salute ler kat teacher sekolah ni coz boleh latih budak2 kecik mcm ni..kalau aku habis lerrrrr...

C.E.C OLYMPIA











Gambar Sport Day C.E.C ...all branches ada...Tu pasal la buat kat Stadium Putra Bukit Jalil ni. Boleh ker Daniel ni bersukan ek...aku tak dapat ikut coz Aiman tak der sapa nak jaga...huhuhuhu...Tak per lah abah temankan yer.....apa2 pun seronok betul dia hari ni..enjoy sakan lahhh....

First day....




Ni gambar tahun lepas. Hari pertama Daniel masuk tadika (c.e.c Ampang).Wah..boleh tahan gak sekolah ni.Yuran pun leh tahan gak.Belum lagi masuk harga buku, uniform n aktiviti2 luar. Tapi tak per lah asalkan dia nak sekolah jer. Tapi alhamdulilah dia seronok sangat, tak heran pun kitaorg tinggalkan dia kat sekolah. Balik sekolah naik van, excited sangat bercerita aper yg berlaku kat sekolah...


Monday, April 20, 2009

Roses


I like roses...so sweet, bau dia soft sangat...baru dua warna ni..lain kali aku nak beli kaler lain lak....

Bubur Lambuk




Anak-anak semuanya tak sihat..musim demam dan selsema kot..Dah tak tahu nak masak per. Fikir punya fikir masak simple jer lah..taraaaaaaaaaa ni dia semangkuk bubur lambuk untuk alas perut hari ni....selalunya my mom masak letak isi ikan dan pucuk midin (paku merah)..tapi mana lah nak cari pucuk tuh kat kl ni...so aku buat ler stail aku sendiri..bubur lambuk daging...
Bahan-bahan
1 Pot beras (ikut la sukatan sendiri)
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 sudu besar sawi asin
1 sudu besar udang kering
2 helai daun pandan
1 sudu kecil halba
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 cawan santan (cair)
sedikit garam
air
Hiasan
Bawang goreng
Daun sup dan daun bawang
cara:-
1. Rebus beras sampai kembang.pastu masukkan daging.biarkan sampai daging empuk dan beras hancur. Masukkan sedikit air dan sawi asin.
2. Dalam kuali panaskan minyak sapi dan minyak masak. tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sampai naik bau.
3. Masukkan daun pandan, kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga, bunga cengkih, halba dan udang kering sampai naik bau...
4. Masukkan santan dan garam dalam beras yg direbus tadi.
5. Akhir sekali tuangkan bahan2 yg ditumis tadi ke dalam periuk nasi..
6. Bila nak hidang taburkan daun sup dan daun bawang serta bawang goreng..yummmy boleh dingap dah...

Nasi Kerabu


Menu today.....permintaan hubby aku ni...suka sangat makan nasi ni. Nasib baik ler bunga telang banyak kembang hari ni...kali ni aku masak lengkap dengan lauk pauknya sekali...daging goreng, ikan celup tepung, telur masin, keropok dan solok lada..seronok tengok hubby dan anak2 makan dengan penuh selera....

Friday, April 17, 2009

orkid lagi..baru beli



Thanks to my hubby kerana sudi kuarkan duit nak beli orkid ni hehheeh..luv u sayang...suka sangat sebab orkid ni cantik aa..bunga dia unik. Tak membazir ker????bagi kami yg memang gilakan orkid ni tak timbul persoalan ni kan...asalkan dapat habis beratus pun tak kisah..tapi kena pandai jaga lah.kalau tak mati, rugi oooo....tapi koleksi my mom lagi banyak, pulak tuh orkid yg pelik2 lak dia beli...dari saiz sekecil tahi mata n sebesar tapak tangan semuanya ada...semuanya unik belaka...nanti balik kg aku nak amik gambar.....hehehehehe












anak bujang

Wah dah besar rupanya anak bujang aku ni..Dua-dua nakal..nakal mcm mana pun ni lah penyeri hidup kami sekeluarga.Kalau tak der sunyi oooo....










Suatu pagi yang indah di bulan yang mulia







Hero aku yg kedua..lahir sehari sebelum hari raya puasa 2006...alahai tak sempat nak merasa ketupat rendang..kena berpantang daaa..satu pengalaman yang tak dpt ku lupakan...yer lah org punya seronok beraya,aku lak kat sepital..kan ker haru tuh...Paper pun aku syukur kerana kami semua selamat...hero ni namanya Muhd. Danish Aiman Mohd Sabri...Next???entah ler hehehhehehe



Permata Hati...Anugerah Ilahi...







So cute..indahnya waktu dapat menatap my 1st baby..pengalaman pertama..banyak yang tak tahu..Hinggakan dah sampai waktu nak bersalin pun boleh rileks lagi kat rumah..tapi alhamdulilah semuanya selamat..so ini lah Muhd.Daniel Amsyar Mohd Sabri.Lahir pada 1 mac 2004...Dah lama masa berlalu yer...dah 5 thn dia sekarang...

Thursday, April 16, 2009

kawin lagi...

Sekitar majlis kawin kak Long kat Batu Pahat Johor



kawin...kawin.....



Sekitar majlis kawin Kak Long (anak sedara my hubby) kat Penang.Ni majlis 1st,banyak benda kena buat coz yang handle majlis ni kebanyakanya org2 muda jer. Tapi alhamdulillah majlis ini berjalan dengan lancar

Wednesday, April 15, 2009

Bunga lagi...

Koleksi bunga gantung kesayangan husband aku..Aku pun tak tahu napa dia suka sangat bunga gantung ni.Maybe dia selalu nampak tergantung kat tepi highway masa nak pergi kerja kot.Tapi bunga ni payah la nak jaga.Pulak tu tak tahan lama lah.Aku pun pelik napa bunga kat tepi jalan tuh ok jer dok bawah panas terik.



Ini yang latest masa dia pergi service kereta hari tuh. Memang comel mcm tuan yang membelinya gak.Klau aku la, aku lebih suka kalau dia beli roses ker...orkid ker....











Main masak-masak

Ni gambar sekitar kelas kek popular yang diadakan di Gombak pada 11 april 2009.Seronok masuk kelas kerana rata2 studentnya kurang mahir seperti aku...so tak der lah aku nampak bodoh jer kat kelas tu hehehhehe..thanks a lot buat pn Noraini yg banyak berkongsi rahsia membuat kek.I.allah lepas ni takder la kek aku bantat lagi kih kih kih...walaupun aku penat kerana kelas tu seharian suntuk tapi berbaloi sbb banyak ilmu yg dapat aku korek.....