Knock!!! Knock!!!

Meh la masuk...tak der per lah...just main masak-masak, jalan-jalan dengan my family, jumpa kawan-kawan lama, layan karenah anak-anak dan lain-lain ler. Ada banyak resepi tapi simple jer..alah janji leh kenyang...enjoy lah yer....

Saturday, May 30, 2009

Nasi impit Kuah Kacang

Jom kita layan nasi impit kuah kacang lak..nak memenuhi keinginan my hubby la ni..ntah per ler tetiba ngidam nak makan nasi impit...maklum ler raya lambat lagi....nak masak semalam tapi dah malam...malas lak nak masak...pas bfast pagi ni jer baru sempat nak menggodak...ni ler resepi style aku.....



Nasi impit segera, ada berlambak kat kedai..balik rebus jer...






Kuah kacang resepi n style tersendiri............







Resepi kuah kacang



  • 500 gram kacang tanah (goreng dulu ler)
  • 1 camca teh jintan manis

  • 5 tangkai cili kering (cari yg pedas sikit)

  • 4 ulas bawang merah

  • 1/2 cawan gula merah

  • garam secukup rasa

  • sedikit air asam jawa

  • 2 batang serai (diketuk)



Cara membuatnya:-



  • kisar kacang tanah..tapi jangan terlampau halus yer
  • tumbuk jintan manis
  • blendkan cili kering, bawang merah, jintan manis
  • tumis bahan2 yg telah diblend sampai pecah minyak
  • masukkan kacang tanah
  • pastu masukkan air asam jawa dan serai
  • perasakan dengan garam dan gula merah
  • dah agak2 pekat tu tutup jer la api tuh...........













Thursday, May 28, 2009

Kek Marble coklat

Kek ni pun wat semalam gak...saje untuk makan-makan...lastly sekali hubby aku wat gi opis ler pulak...ni resepi dari cikgu kelas kek..moh ler kita layan makan kek ni... ni jer yg tinggal setelah dikerjakan oleh my kids........



Chocolate chip muffin

Muffin ni buat semalam sempena party day sekolah Daniel. Kali ni tergerak hati lak nak menggodak sendiri. Rupanyer senang jer buat muffin ni. Selalunya kurang pengetahuan tentang baking membaking ni, aku main beli jer kat kedai...isk isk...pasni buat sendiri jer lah....resepi amik kat rumah kak Ummi..dah mintak izin ni..thanks yer kat ummi...Meh kita layan resepi

Bahan-bahan

  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula kastor (aku letak 1/2 cawan jer coz takut manis sangat)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat1/2 sudu kecil garam
  • 1 cawan fresh milk
  • 1 biji telur saiz A -pukul sedikit1/3 cawan minyak(minyak sayur)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 3/4 cawan choc chip

Cara membuat

  • Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayak dan ketepikan
  • Dalam bekas adunan, campurkan susu, telur, esen vanila dan minyak. Kacau rata
  • Masukkan campuran tepung tadi kedalan adunan susu sedikit demi sedikit.Kacau sebati
  • Masukkan choc chip
  • Sudukan ke dalam muffin cup dan hias dengan choc chip kat atasnya.
  • Bakar selama 15 minit.




Muffin yang dah get ready for to school....

Tuesday, May 26, 2009

Muhammad Danish Aiman

Ni gambar anak yg 2nd...nakal ni...



Kat penag..tahun lepas ni


Masa kat Labuan....



Dekat ampang ni..baru pindah dari Labuan




Muhammad Daniel Amsyar

Ni ler gambar anak bujang aku yg 1st....dah masuk 5 tahun pun...kecik2 mcm muka cina, dah besar ni mcm siam lak....kecik-kecik tembam giler tapi dah besar ni kurus melidi... Ni masa umur setahun..baru pindah kat Labuan


Kat Danga Bay (pameran orkid) dengan all my family


Masa umur 3 tahun..kat Labuan ni


Bulu mata panjang dan lentik ni...kalah mak dia heheh



1st time beraya..kat Penang ni...


Sambal tumis cili api tempoyak ikan bilis

Masak aper yer...dah lama tak makan sambal tumis cili api ni..nak wat sambal tumis petai, tak nampak lak kelibat petai ni. Cili api pun ok lah yer. Resepi ni my mom yg ajar, entah dari mana dia dapat pun tak tahu. Kalau tak silap aku org perak yg dok ajar dia..rasanya lah.....tapi best ooo bila layan dengan sayur lemak petola, ikan masin dan telur dadar...berpinar mata menahan pedas tuh....tapi yg bagi yg tak berapa suka pedas tuh lerh ler kurangkan bilangan cili api...meh kita layan resepi..mudah jer...

Bahan-bahan

  • 100 gram ikan bilis
  • 2 ulas bawang merah
  • sebiji tomato
  • 10 biji cili api (leh kurangkan)
  • sebiji cili merah
  • selabu bawang besar
  • garam dan gula secukupnya
  • sedikit tempoyak



Cara memasak


  • Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan
  • Blend cili api, tomato, cili merah, tempoyak dan bawang
  • tumiskan bahan-bahan kisar sampai naik bau
  • masukkan ikan bilis tadi dan bawang besar yg telah dimayang.
  • if pekat sangat masukkan sedikit air
  • perasakan dengan garam dan gula..tapi ingat jgn letak garam banyak sangat coz ikan bilis dah sedia masin

Monday, May 25, 2009

Today's Menu

Malasnya nak masak..tapi kena wat2 rajin ler..nanti anak2 kelaparan lak. Pertanyaan dari seorang sahabat lama..tak boring ker asyik masak jer....isu boring atau tidak bukan lah satu masalah utama. Kalau tak masak, tak kan lah hari-hari mau makan kedai..itu lagi ler boring coz makan masakan kedai bukan ikut taste kita. Lagi pun masak kat rumah terjamin kebersihannya. Lagi satu my kids makan jer apa yg aku masak. Dah ada anak ni rajin-rajin lah ke dapur yer...kata org anak-anak makan air tangan ibu lebih berkat...aminnnnnnn




For my kids..ikan tongkol masak kicap jer (mau 2 kali tambah nasi ni)
For me..kacang buncis goreng lo.....

For my Hubby..singgang tulang (masakan kelantan la ni)

Anak bujang ku yg 2nd..........

Saje nak tampek gambar Aiman kat sini. Dah besar kan Aiman ni....mcm tak percaya lak tahun depan dah nak sekolah...habis ler....



Coney Dog

Buat roti ni semalam untuk dinner lah kononnyer...aku amik resepi kat My Resepi. Tapi resepi ni dah diubah suai mengikut bahan yg ada kat fridge je tapi boleh ler...sedap lah jugak. Nak beli kat A&W mahal kan..jadi nak save budget buat ler sendiri..senang jer....


Bahan-bahan
  • 5 ketul roti hot dog
  • 5 ketul hot dog
  • 1/2 labu bawang besar
  • seulas bawang putih
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1 cawan daging kisar
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit serbuk cili
  • sedikit garam dan gula
  • sedikit mayonis
  • sedikit sos cili sedikit minyak untuk menumis

Cara memasak:-

  • Masak hot dog (tak kisah rebus ker,grill ker) dan ketepikan
  • cincang bawang besar dan bawang putih
  • tumiskan dengan sedikit minyak
  • bila dah naik bau masukkan serbuk cili kemudian baru ler daging cincang
  • goreng sampai daging masak, pastu masukkan sos totamo, serbuk lada hitam, garam dan gula
  • Rasa masin manisnya. Biarkan daging masak.Angkat dan ketepikan

Cara menyediakan coney dog:-

  • ambil sebiji roti hot dog, belah tengahnya
  • Masukkan hot dog yg telah dimasak tadi
  • Letak inti daging tadi
  • Letak sos cili dan mayonis kat atasnya.

Pokok orkid ni subur betul tapi tak keluar bunga. Lama ni dok tunggu, ada ler dekat dengan setahun aku dok bela dan baja..baru ler nak berbunga. Paper pun aku puas hati betul..berkat kesabaran dan kerajinan membaja., keluar ler sekuntum bunga yang besar. Lepas ni aku nak letak baja banyak2....hehhee



Latest collection

Hobi terbaru ni. Menambahkan koleksi roses yg ada. Harga sepasu tu mahal gak tapi berbaloi coz warna pink tu bukan selalu ada. Cute jer. Pape pun thanks tu my lovely hubby coz beli roses ni...i like..nanti beli warna biru lak yer...



Warna di cute betol......






Sunday, May 24, 2009

Blueberry Muffin untuk anak-anak tersayang

Jom kita layan muffin lak. 1st time buat ni. Ok ler walau tak secantik kat kedai..asalkan anak-anak aku kenyang...kiranya percubaan pertama ni boleh ler....next time try lagi...






Kari ketam dan nenas

Lunch time..jom kita layan kari ketam lak hari ni. Ni resepi asal ibu mertua ku nun jauh di Penang...heheheheh. Thanks yer mak..nanti cuti leh ajar resepi baru yer...favourite hubby aku ni..selalunya kat Kelantan tak der masak macam ni..gulai kuning ker atau rebus dengan serai dan bawang jer...jom kita layan resepi jap...

BAHAN-BAHAN
  • 4 ekor ketam yg sedang sedang (bersihkan dan belah dua)
  • 4 ulas bawang merah
  • seulas bawang putih
  • setangkai daun kari
  • setengah biji kelapa (ikut suka ler,nak banyak kuah tambah lagi ler santan)
  • setengah biji nenas (tak masak sangat)
  • garam dan gula secukup rasa
  • Rempah kari (aku guna rempah kari ikan kering cap tarbus)
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 1 sudu besar cili kering kisar



Cara Memasak:-

  • Mayang bawang merah dan bawang putih
  • Bancuh rempah kari dengan sedikit air
  • Tumis bawang sampai naik bau, kemudian masukkan rempah kari masak hingga naik minyak. Pastu masukkan cili paste dan daun kari
  • Bila rempah dah betul-betul masak masukkan santan.
  • Bila dah menggelegak masukkan nenas dan biarkan nenas empuk
  • Lastly masukkan ketam..masak sekejap jer...
  • leh hidang ler

Note:- leh gak pakai rempah cap lain. Tapi rempah cap tarbus ni lagi umph..lagi satu rempah ni ada jual kat Utara jer...

Thursday, May 21, 2009

Mentimun..antara mitos dan realiti....

Betul ker hanya dengan sebiji mentimun saja kita boleh kekal sihat dan cantik sepanjang masa. Namun demikian untuk mendapatkan hasilnya kenalah bersabar yer..takkanlah kita makan mentimun hari ni, esoknya boleh terus jelita. Kena ambil masa jugak dan semestinya ia menjadi amalan harian...lepas ni selalu lah ada kat dalam fridge yer....jom kita kongsi rahsia disebalik sebiji mentimun ni...


  • Mentimun kaya dengan khasiat tersembunyi seperti protein, karbohidrat, kalsium, zat besi, vitamin A, vitamin B1, fosforus, magnesium. Ia dikatakan mampu mengekalkan kandungan alkali dalam darah dan menyejukkan badan.
  • Jus mentimun pula dipercayai mampu mengubati penyakit tekanan darah tinggi, membersihkan ginjal, merawat gastrik, ulser dan sebagainya.
  • bagi yg selalu pening kepala sehingga boleh menjejaskan berat badan dan aktiviti seharian cubalah makan mentimun yg sudah masak.
  • Kanak-kanak yang kecacingan boleh diubati dengan memakan biji mentimun. Ini kerana sebatian hipoxantin yg terdapat dalam biji mentimun dikatakan mampu merawat penyakit tersebut.


  • Hujung mentimun selalunya pahit. Sebenarnya bahagian tersebut mengandungi sebatian kimia yg dikenali sebagai cucurbitasin. Malahan mentimun digunakan sebagai penawar untuk masalah disentri atau masalah buang air besar berdarah.
  • Mentimun juga penting dalam bidang kecantikan. Terutamanya menjadi tonik dalam rawatan kecantikan wajah yang sekali gus mampu menaikkan seri wajah secara semulajadi.
  • Ekstrak mentimun sering digunakan sebagai ramuan dalam rangkaian kosmetik penjagaan wajah terutamanya untuk merawat masalah jerawat, bintik-bintik hitam, kulit kusam dan rawatan menegangkan kulit wajah.

Sumber: Majalah Wanita, November 2007, hal.154

Note: Alahai ni yg buat aku lemah ni...aku tak berapa suka mentimun ...kalau setakat nak tempek kat muka tuh boleh ler. Kalau ada dalam nasi ayam pun aku buang, inikan pula nak minum jus mentimun...nampak gayanyer kena selalu beli mentimun ler...nak cantik dan sihat lah katakan..Patutlah ayah aku makan mentimun mcm makan epal jer..awet muda katanya...tak boleh jadi ni...heheheh




Rahsia soya

  • Mungkin ramai yang sudah tahu produk berasaskan kacang soya amat berkhasiat untuk memenuhi kepentingan tubuh badan manusia. Tapi aku masukkan jer lah artikel kat sini yer, sekurang-kurangya boleh menambahkan ilmu di dada...mcm aku ni lah jugak, sentiasa sibuk dengan anak-anak, waktu membaca tuh makin kurang heheheh...

  • Kacang soya ditemui di Manchuria (china) dan jepun. Seabad kemudian org Amerika mula menanam bijirin ini untuk dijadikan makanan ternakan.
  • Menurut pakar pemakanan, kandungan protien kacang soya adalah dua kali ganda protien yg terdapat dalam daging lembu.
  • Kadar lemak kacang soya juga relatif lebih rendah jika dibandingkan dengan bahan makanan yg berasal dari sumber haiwan
  • Kacang soya mengandungi serat, vitamin A dan B kompleks (B1 dan B2) yg diperlukan tubuh manusia sehari-harian.

Soya dan kanak-kanak

  • Bagi anak-anak yang semakin membesar, mengambil pemakanan yg berasaskan soya digalakkan kerana kandungan zatnya cukup tinggi dan sepadan untuk keperluan tubuh kanak-kanak.
  • 2 gelas susu kacang soya sudah memadai untuk memenuhi keperluan 30% protien anak setiap hari. Oleh iti bagi anak yang alergi terhadap laktosa, susu soya adalah alternatif susu lembu yg paling sesuai.

Soya dan kanak-kanak Autisme

  • Kanak-kanak Autisme ialah kanak-kanak yg mempunyai gangguan perkembangan yg menyebabkan anak tidak mahu berkomunikasi dengan org lain
  • Soya menjadi makanan potensi bagi kanak-kanak ini. Ini adalah kerana soya tidak mengandungi asid amino (komponenpembentuk protien), kasein (protien utama susu lembu). Kasein akan menjadi pemancu alergi bagi kanak2 autisme.
  • Kasein yg ada dlm susu lembu agak sukar dicerna sepenuhnya. Selalunya masih ada sedikit serpihan asid amino yg disebut peptida yg tinggal dan boleh memasuki pembuluh darah. Bila ia menembusi saluran darah ia akan mengalir ke saluran otak dan masuk ke otak.
  • Peptida di otak akan berubah menjadi kaseomorpin yg dapat mengacau fungsi sistem saraf. Ini mengakibatkan beberapa fungsi seperti persepsi (penerimaan), kognitif (pembelajaran/pengenalan) dan emosi yg terganggu.
  • tepung kacang soya juga sesuai untuk anak autisme yg alergi terhadap gluten (protien gandum)

Tahukan anda......

JANTUNG SIHAT

  • Kandungan lesitin (asid lemak) dlm kacang soya dapat mencegah penumpuan lemak berlebihan dalam tubuh. Jadi, kolesterol jahat (low desinty lipoprotein-LDL) boleh dibuang dan dikurangkan.
  • Kacang soya dianggap sebagai bahan makan yg menyihatkan jantung kerana ia mencegah terjadinya aterosklerosis (penyumbatan pembuluh darah) serta menurunkan risiko terjadinya penyakit jantung koroner.

MENURUNKAN OSTEOPOROSIS

  • Kandungan isoflavon soya dipercayai dapat menurunkan risiko terjadinya pereputan tulang. Ini adalah kerana ia mengandungi zat yg mirip dengan hormon estrogen
  • Dapat meningkatkan kepadatan tulang dan mengurangkan proses penurunan kalsium pada wanita yg lanjut usia, sehingga risiko osteoporosis dapat dikurangkan.

ANTIOKSIDAN

  • Zat saponin (fitokimia) dan lignin (bahan polimer) dlm kacang soya dipercayai dapat bertindak sebagai antioksidan yg membersihkan radikal bebas sehingga membantu mempertahankan kerosakan kulit.
  • Kandungan serat dalam kacang soya dapat menurunkan risiko barah prostat dan usus besar untuk lelaki.

Sumber: Majalah Pa&Ma sept.2005. hal 79-80

Amalan hidup

Sempena hari jumaat yang indah ini, hati tertarik untuk berkongsi ilmu dengan korang semua. Sekurang-kurangya dapat ler jadi panduan untuk kita, lebih-lebih lagi untuk aku yang serba kekurangan ni. I.allah semoga Allah membuka hati dan fikiran kita untuk menghayati dan membaca Al-Quran....

Antara ayat-ayat yang boleh diamalkan selalu:-

  • Untuk mengelakkan anak-anak/ suami & isteri bergaduh

-Surah Al-Baqarah ayat 102

  • Supaya anak-anak pandai belajar

-Surah Al-Anbiyaa' ayat 79

  • Supaya anak-anak lembut hati/ elak dari panas baran

-Surah Al-Anbiyaa' ayat 69

-Surah Al-Hasyr ayat 22-24

  • Supaya anak-anak rajin ke sekolah

-Surah Toha ayat 1-5

  • Supaya suami tak kawin lain

-Surah Toha ayat 39 bermula dari tanda jim kecil

  • Ayat pendinding

-Surah At Taubah ayat akhir

  • Bagi anak-anak yang suka keluar malam

-Surah Ar Ruum ayat 31 baca 33 kali

  • Untuk dijadikan pendinding rumah

-Surah Al Baqarah..dibaca dan tiup pada air dan di spray sekeliling rumah

Note: Semoga ia menjadi amalan kita dan berguna untuk semua lah yer...

Wednesday, May 20, 2009

Betul ker budu ada khasiat??

Lamanya aku tak menulis sebarang artikel dalam blog ni. Semalam semasa membelek magazine lama, aku terpegun gak membaca satu artikel ni. Selama ni aku tahu makan jer, tapi tak tahu pun budu ni ada khasiat gak. Mesti ada korang tak tahu gak kan....meh kita amik tahu serba sedikit tentang budu ni yer....

Tahukan anda makanan yang amat popular di Kelantan iaitu budu ini mempunyai pelbagai khasiat? Makanan tersebut telah mendapat perhatian daripada para ahli pemakanan dari Jepun, Amerika, Australia dan Jerman. Kajian membuktikan bahawa budu yg seringkali dimakan dengan ulam-ulaman merupakan multivitamin yang amat diperlukan oleh tubuh badan manusia. Antara kebaikannya ialah:-

  • Mengeluarkan sisa toksin dan meningkatkan daya tahan tubuh.
  • Menghalang kanser dan pelbagai penyakit berbahaya yg lain daripada merebak.
  • Berpotensi melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan.
  • Mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat paling awal.
  • Mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolesterol darah, mencegah penyakit jantung dan hipertensi.
  • Memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yg lain.
  • Mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronik akibat kekurangan zat.
  • Dapat meningkatkan IQ. Ini kerana budu dapat merangsang sel-sel otak dan mengukuhkan ikatan diantara neuron-neuron serta menguatkan neuron yang lemah.
  • Membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.
  • Penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin yang tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut yg lain.
  • Dapat menurunkan kadar kolesterol.
  • Sumber serat yang baik kerana lebih mudah dicernakan.

Sumber : Majalah Pa&Ma. Jun 2004, hal.120

Note: Tak tahu ler betul ker tak artikel ni. Tapi aku rasa ada gak betulnya. Dulu2 arwah moyang aku selalu makan budu ni. Tiap-tiap hari lak tu. Aku tengok tak der pun kena sakit kronik sehingga lah dia meninggal semasa berumur 100 lebih. Tapi nasihat aku lah kan, sesuai dengan keadaan semasa, jangan ler makan budu terlebih lak..kan terkena lak penyakit darah tinggi kerana kadar garam dalam budu tu banyak jugak. Tambahan lagi budu sekarang dah banyak ditambah dengan perisa tambahan, tak berapa original mcm dulu-dulu....ingat yer..makan boleh tapi jangan berlebihan.......

Piza sempoi

Piza ker ni...boleh ler asalkan nampak ala-ala piza gitu. Aku buat petang semalam sebab daniel kata lapar. Kepada sesapa yg tak sempat nak order piza kerana terlalu lapar buat jer lah piza ni, sempoi yg amat...cepat siap lak tuh..aku cilok resepi ni kat my resepi.thanks to tuan punyer resepi...

Get ready nak masuk oven ni
Setelah masak...get ready nak masuk mulut jer
Bahan-bahan
6 keping roti
sebatang sosej
2 keping crab stick
1/2 ketul bawang besar
2 sudu besar mix vegie
mayonis ikut suka nak letak banyak mana
3 sudu besar sos spagetti prego
sedikit parutan cheese mozarela
Cara membuat


- Sapukan roti dengan sedikit sos spagetti

-taburkan bawang, sosej, crab stick, mix vegie

-Letak mayonis

-Taburkan parutan cheese

-Bakar sehingga garing

Makaroni spiral cheese

Jom kita layan pasta. Sejak dua menjak ni dah hilang selera nak makan nasi la pulak. Belek punya belek jumpa ler resepi makaroni, tapi lupa lak blog mana. Maaf ler kat tuan punya resepi tapi memang best ler..selera dengan citarasa. Tapi kan resepi ni dah diubah sedikit mengikut bahan-bahan yg ada kat dapur tuh. Jom kita tgk mcm mana nak buat makaroni ni...

Bahan-bahan
  • 500 gram pasta (makaroni dan spiral...pape pasta pun leh)
  • Sedikit air untuk merebus pasta
  • Sedikit garam
  • 1 sudu teh minyak zaitun (kalau takder guna jer minyak masak)
Rebus pasta. Tos dan ketepikan.

Bahan-bahan untuk inti daging
  • 300 gram daging kisar (ramly burger punyer)
  • 1 ulas bawang putih -cincang
  • 1 labu bawang besar-cincang
  • 2 sudu besar lada kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 tin sos spegetti prego
  • 1/2 batang carots -disagat halus
  • 3 sudu besar mix vegie
  • sedikit parutan keju cheddar n mozarella
  • garam dan gula
  • sedikit minyak zaitun untuk menumis
Cara membuat
  1. Goreng bawang besar dan bawang putih dengan sedikit minyak zaitun sampai layu. Masukkan cili kisar, goreng sampai naik bau. Masukkan daging dan goreng sampai daging masak.
  2. Masukkan karot, mix vegie.
  3. Masukkan sos spegeti dan sos cili. Biar mendidih dan naik bau.
  4. Perasakan dengan garam dan gula. Masak sampai pekat. Tutup api dan angkat
Sos putih
  • 2 sudu besar butter
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 kotak susu segar (paper jenama pun boleh jer)
  • sedikit lada hitam dan garam
Cara membuat
  1. Masak butter atas api perlahan. Bila cair dan berbuih, taburkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
  2. Kacau cepat-cepat dalam 3-4 minit. Masukkan susu segar, garam dan lada hitam.
  3. Kacau perlahan sehingga nampak sos bersalut dibelakang senduk kayu.
Cara-cara nak melapis pasta
  1. Dalam acuan, griskan dengan sedikit butter.
  2. Mulakan dengan pasta, ratakan. Lepas itu lapiskan dengan inti daging kemudian ratakan dengan sos putih.
  3. Teruskan melapis. Aku buat dua lapisan pasta jer. Malas nak melapis banyak kali.
  4. Akhiri dengan parutanb keju dilapisan yang paling atas.
  5. Bakar selama 30 minit.

Ni lah rupanya makaroni yang belum dibakar tu





Setelah masak.....mmm yummy...sedap dimakan panas-panas

Tuesday, May 19, 2009

Jemput-jemput pisang

Selalunya bila gi pasar, hubby aku mesti beli pisang. Pisang sedap per...wat jemput2 lagi la sodap. Selalunya wekend kitaorg ni mana lah lekat kat rumah, jadi pisang tu tak der la habis nak makan. Last dok jer kat ceruk dapur...malas nyer kan hehehehe...ok ler daripada membazir moh la kita godak2 dia jadi sejemput dua jemput ek. Walau pun semua org dah tahu membuatnya , aku letak la jugak...heheheheehBahan-bahan

5 biji pisang paper pun boleh ( guna pisang berangan ni)

tepung gandum secukupnya

gula secukup rasa

sedikit garam


Cara membuat

-Lecek pisang sampai hancur

-gaulkan dengan tepung,gula dan sedikit garam

-gaul sebati. Adunan jangan terlampau keras atau lembik. Elok2 jer untuk dijemputkan.

-Goreng hingga kekuningan...pastu makan.....


Kek Buah

Dah lama nak makan kek buah tapi buatnya tak juga. wekend ni terasa rajin lak nak membaking, tu yg pergi cari bahan gak tuh. Ptg lak hubby dah plan nak gi Bukit Jelutong, rumah best friend dia yg baru pindah kat sana. Biasa lah kami nak melawat rumah baru la katakan . Memang elok benar lah yer..leh gak bawak buah tangan untuk minum petang. Alah kek ni bukan susah mana pun, berlambak resepi dia kat internet, sajer jer aku nak tayang kat sini.


Takper lah aku sertakan jugak ler resepi kek ni yer. Resepi ni aku amik semasa pergi kelas baking tempohari. Jom layannnnnnn....

Bahan-bahan

500 gram mix fruit

250 gram mentega

250 gram gula perang (boleh kurang ke 200 gram..tak manis sangat)

250 gram tepung kek

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh rempah campuran

10 biji ceri merah (optional)-belah empat

4 biji telur gred A

5 sudu makan jus oren

2 sudu makan parutan kulit oren

secubit garam

cara membuat

-Basuh mix fruit dan ceri di bawah air paip untuk buang lebihan gulanya. Toskan dan lap dengan tuala bersih hingga kering.

-griskan acuan empat segi berukuran 9 inci. Lapik dengan kertas serap minyak. Panaskan ketuhar

- Satukan mentega, gula perang dan garam dalam mangkuk adunan. Pukul sampai kembang selama 5-7 minit sahaja.

- Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan kelajuan sederhana sampai sebati.

-Pindahkan adunan ke dalam mangkuk adunan yg besar. Masukkan mix fruit, ceri, parutan kulit oren. Gaul dengan senduk kayu hingga adunan bercampur rata. Buat kaedah kaup balik supaya buah tidak jatuh ke bawah.

-Kemudian masukkan tepung yg telah diayak dengan baking powder dan rempah campur sedikit-sedikit berselang seli dengan jus oren

- Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 1-1 1/2 jam

Monday, May 11, 2009

Puding Laici

Sempena cuaca panas membahang ni, terasa lak nak makan puding. Baru semalam misi terlaksana. terliur lak tgk puding laici dalam blog kat ummi kuantan. Tapi sorry yer kepada tuan punya resepi, aku telah ubah resepi mengikut kesesuaian bahan yg ada dalam stok hehehehe. Meh kita layan puding kejap yer...


Bahan-bahan

25 g agar-agar

1400 liter air

2 helai daun pandan

1 tin susu cair

1 tin laici (asingkan air dan buahnya)

2 sudu besar gula (ikut kemanisan masing2 yer)

Cara membuat:-

-Masak agar2 hingga hancur. Pastu masukkan gula dan daun pandan

-Bila gula hancur, masukkan susu cair dan air laici tadi

-Angkat dan tapiskan. Masukkan dlm acuan kesukaan

-Bila nak hidang leh ler letak buah laici atau hiasan mengikut kegemaran masing-masing