Knock!!! Knock!!!

Meh la masuk...tak der per lah...just main masak-masak, jalan-jalan dengan my family, jumpa kawan-kawan lama, layan karenah anak-anak dan lain-lain ler. Ada banyak resepi tapi simple jer..alah janji leh kenyang...enjoy lah yer....

Tuesday, July 28, 2009

siakap tiga rasa

Jom kita masak ikan siakap lak.tapi masak separuh jer sbb saiz ikan agak besar...jom kita layannnn

bahan-bahan

  • seekor ikan
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1/2 sudu teh kicap manis
  • garam dan gula
  • sedikit daun ketumbar
  • sedikit buah tomato-dadu
  • sedikit mentimun-dadu
  • sedikit bawang besar-dadu

cara membuat

  • Ikan dibersihkan dan perasakan dengan garam kunyit
  • goreng ikan tetapi jangan terlampau garing.ketepikan
  • tumis semua bahan kecuali sayur-sayuran
  • perasakan dengan garam dan gula
  • bila dah wangi masukkan sayur-sayuran kecuali ketumbar
  • bila dah mendidih angkat dan tuangkan di atas ikan tadi
  • hias dengan daun ketumbar


0 comments: