Knock!!! Knock!!!

Meh la masuk...tak der per lah...just main masak-masak, jalan-jalan dengan my family, jumpa kawan-kawan lama, layan karenah anak-anak dan lain-lain ler. Ada banyak resepi tapi simple jer..alah janji leh kenyang...enjoy lah yer....

Thursday, July 16, 2009

telur bungkus

Alahai...mcm mana nak cerita yer...telur bungkus ni main campak2 jer resepi dia...tapi untuk memenuhi permintaan kawan2, aku masukkan jugak resepi ni..agak2 jer lah yer...selamat mencuba


bahan-bahan

  • 2 biji telur
  • 100 gram isi ayam atau daging cincang
  • 1 labu bawang besar (dadu)
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 biji tomato (dadu)
  • 1 camca besar mix vegie
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit daun ketumbar

Cara membuat

  • pukul telur dan dadarkan (sapu sedikit minyak kat kuali).ketepikan
  • tumiskan bawang putih hingga kuning, masukkan isi ayam @ daging
  • bila masak masukkan sos tiram, sos cili, garam, gula, bawang besar dan masak hingga layu.
  • masukkan mix vegie dan tomato..masak seketika
  • bila masak, angkat dan letakkan di atas telur dadar, letak kan sedikit daun ketumbar
  • bungkus empat persegi....siap...

0 comments: